Sunday, February 5, 2017

Pergi mati! Sekarang perempuan sudah independent. Ada apa dengan suami!




Saya malu nak cerita pada sesiapa. Tetapi tidak ada siapa saya mahu mengadu. Ibu dan ayah saya pun tidak mahu cerita pasal masalah rumahtangga saya.

Masalah saya tidaklah sebesar masalah orang lain. Suami saya tidak curang. Semua cukup makan. Dia jaga solat. Semua ok. Tapi masalahnya suami saya tidak hormat pada saya.
Yang saya perasan, ibu mertua saya dilayan sama macam saya oleh ayah mertua saya. Setiap hari ada saja perkataan hinaaan keluar dari mulutnya. Perempuan bodoh. Perempuan anjing. Celaka. Semua ada. Semua sebab benda kecil yang bagi dia sangat patut saya dimaki begitu. Sebagai contoh selimut saya terjatuh dari katil dan saya tidak peerasan pun benda tu. Bila suami nampak dia kata kau bodoh ke letak selimut kat bawah? Lantai berhabuk. Bodoh tidak habis-habis kepala otak kau.

Untuk pengetahuan semua, saya sedang mengandungkan anak kami. Memang saya sangat sensitif, tapi saya tidak berani mahu melawan. Pernah dulu saya melawan sebab dia kata otak saya bodoh macam anjing, saya gemuk macam babi. Tapi saya dimarah kembali dan diugut untuk diceraikan. Sehari dia tidak balik ke rumah, duduk di rumah mak dia.

Malangnya, masa gaduh itu, saya terjatuh di lantai, saya telefon dan mesej dia. Dia masih tidak balik juga. Lewat tengah malam baru dia balik. Itu pun ambil masa seminggu untuk dia tegur saya sebab saya melawan bila dia maki saya.

Yang saya sedih bila mentua saya selalu Whatsapp mesej-mesej nasihat tentang syurga pada suami. Saya tahu syurga pada dia, tapi layakkah saya dimaki dan dihina? Bila saya tegur, dia tidak mahu pelik saya waktu tidur, dia cakap dia tidak selera tengok saya. Badan saya macam lembu. Saya akui saya gemuk. Tetapi kenapa dari dulu dia kahwin dengan saya?

Sekarang saya hanya mampu dengan setiap makian. Alhamdulillah dia tida pernah pukul saya. Tetapi bila dia sudah sampai tahap itu, mungkin saya akan angkat kaki. Saya sedar saya siapa, perempuan yang tidak patut dihargai.

.:.

No comments:

Post a Comment