Wednesday, February 22, 2017

Pelayan Wanita Selamba Tarik Biawak Gergasi Ceroboh Restoran


Kehadiran seekor biawak di sebuah restoran di Australia baru-baru ini, telah mengejutkan ramai pengunjung. Namun, lebih mengejutkan, seorang pelayan bertindak menarik keluar haiwan reptilia itu dengan cara paling unik!

Biawak gergasi itu berukuran dua meter panjang, menceroboh masuk ke dalam sebuah restoran yang terletak di New South Wales, Australia pada pagi Ahad lalu.

Apabila sedar kehadiran haiwan reptilia itu, Samia Lila, pelayan wanita yang berusia 25 tahun segera tampil ke hadapan dan menariknya ke luar restoran. 

Menurut laporan Daily Mail, Samia Lila adalah seorang pelayan berasal dari Perancis datang ke restoran berkenaan bekerja dengan menggunakan permit kerja semasa musim cuti.

Difahamkan, pada mulanya Samia menyangka haiwan tersebut merupakan anjing liar, maka tanpa berfikir panjang dia terus mencapai ekornya.

Kemudian barulah dia sedar haiwan tersebut merupakan seekor biawak yang bersaiz besar.  Ada pakar mengatakan cara Samia menarik ekor biawak itu adalah cara yang betul, sebab ia dapat mengelakkan dirinya digigit biawak itu. 


.:.

No comments:

Post a Comment