Saturday, February 18, 2017

Lelaki Ini Harap Huruf P Jatuh Untuk Dapatkan Duit Saman


Maklumlah ekonomi dunia sekarang agak tidak menentu, kesannya banyak syarikat sama ada besar mahu pun kecil berdepan risiko gulung tikar, sekali gus menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan dan mengalami masalah kewangan. 

Terbaru, seorang lelaki di Britain dipercayai cuba mengambil jalan mudah untuk mendapatkan duit dengan cara menyaman sebuah pasaraya terkemuka di negara itu. 

Memetik laporan Daily Mail, lelaki yang tidak dikenali itu, dilihat berdiri selama empat jam dengan berharap huruf besar 'P' daripada tulisan 'Pharmacy' yang ditampal di tepi dinding pasar raya Walmart, jatuh menimpa kepalanya.

Jika perkara itu berlaku, lelaki berkenaan dipercayai mahu menyaman pihak pengurusan pasaraya tersebut, sekali gus meraih keuntungan besar walaupun tindakannya boleh membahayakan nyawa sendiri.

Menerusi gambar yang dikongsi dalam laman sosial, kelihatan lelaki berbaju biru itu berdiri di tepi dinding manakala huruf 'P' dilihat menunggu masa untuk jatuh.

Tindakan lelaki berkenaan ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, termasuk ada yang menyifatkan lelaki itu bijak mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan mudah.

Tidak kurang juga ada netizen melabel lelaki berkenaan sebagai kurang cerdik kerana sanggup membahayakan diri semata-mata mahu mendapatkan duit.


.:.

No comments:

Post a Comment