Wednesday, February 1, 2017

Kelakuan Kekasih Kasar, Segera ‘Blah’ Dari Hubungan!


Adalah menyedihkan apabila tak ramai yang menyedari isyarat-isyarat bahaya hubungan apabila munculnya ‘bendera merah’. Hubungan yang diwarnai dengan penuh ketidakhormatan antara satu sama lain, adalah petanda bahawa tidak harus diteruskan.

Beberapa orang wanita sangat mudah kehilangan jati diri ketika masuk dalam perangkap cinta. Sehingga mereka menerima apa pun perkara dalam hubungan walaupun memberi kesan buruk. Inilah sederet tanda bahawa hubungan tak layak diteruskan.

Kasar

Wanita, tiada toleransi untuk perbuatan ini. Jika dia sudah kasar, baik secara fizikal, verbal, dan emosi, segera akhiri hubungan dengan dia. Anda wanita berhak diperlakukan dengan lembah lembut.

Menunda waktu

Jika dia mengeluarkan banyak alasan untuk menunda untuk hubungan yang lebih serius, fikirkan kembali cintanya. Mungkin dia masih ingin main-main. Lelaki yang serius tidak ragu komited.

Tidak menyelesaikan masalah

Menunda masalah dari yang satu ke masalah yang seterusnya, menunjukkan bahawa lelaki itu tidak dewasa. Sehingga ada masalah yang terkumpul dalam hubungan anda. Ketahuilah bahawa itu tidak sihat untuk dilanjutkan.

Merendahkan

Jika dia merendahkan anda sebagai wanita, misalnya dengan menyamakan anda dengan wanita murahan di luar saja, merendahkan keluarga, merendahkan pekerjaan, dia bukan lelaki yang layak untuk dipilih. Adakah anda rela menjalani hubungan dengan lelaki yang tidak menghargai anda sebagai wanita terhormat?

.:.

No comments:

Post a Comment