Saturday, February 11, 2017

Jangan cakap banyak pasal susu badan, nanti ibu stress


Cerita dalam pantang.
Aku masih ingat, masa aku dalam pantang kan, sewaktu umur Eva masih 3 hari. Aku baru perasan, aku takda susu badan.

Jadi aku takut dan risau. Anak aku tidak minum air sudah masuh 3 hari. Kebetulan ada sekali itu bila lap punggung dia dengan tisu basah macam ada darah. Aku tidak pasti darah itu dari mana, rupa-rupanya kulit dia macam melepuh sikit sebab tidak tahan bahan kimia tisu basah.


Anak pertama pula tu, apa pun aku tidak tahu.
Dalam kepala aku adalah bayi ini lembut sangat dan kalau tidak minum air tiga hari macam mana? Nanti sakit kah? Mati kah? Bayi menangis-nangis. Dalam kepala aku, aku salahkan diri sendiri. Setiap kali dia menangis, naluri ibuku aku terseksa.

Semua orang di sekeliling aku selalu syorkan untuk aku bagi susu formula saja. Aku akur, aku mengalah. Aku bagi. Namun perasaan aku berkecamuk. Tapikan, susu ibu yang terbaik. Kan susu formula tidak elok, ibu jenis apa aku ini? Tidak dapat berikan susu ibu kepada anak sendiri?

Ya Allah, stressnya masa itu. Dengan persekitaran yang memaksa aku untuk pam susu. Aku sudah pam 3 hari tapi tidak ada apa yang keluar. Aku tidak pasti apa yang bayi dapat atau tidak dapat sebab masa pam memang kosong. Aku selalu salahkan diri sendiri sampai satu tahap, aku rasa sangat hampa sehinggakan aku menangis, menjerit cakap aku tidak ada susu.

Ayah aku yang mula-mula pujuk aku elok-elok dan mula menjerit suruh “Afiqah, kau tak boleh menangis macam ini, kau tak boleh macam ini”.

Lagi lah aku menangis. Dengan batuk teruk masa itu jahitan mahu terbuka, anak yang baru berusia 3 hari pun sudah mula batuk. Dengan stress tiada susu. Ya Allah, tuhan saja yang tahu perasaan berkecamuk itu. Itu merupakan pertama kalinya aku berasa sangat kecewa. Namun, alhamdulillah, aku ada keluarga yang sangat-sangat memberikan dorongan, tapi aku tahu, bukan semua orang yang bernasib baik macam aku, kan?

Agaknya, kalau aku tidak boleh mengawal diri sendiri, boleh jadi meroyan juga. BTW, susu aku keluar hari ke 5 lepas kali pertama mengurut. Keluarnya mencurah-curah. Jadi kalau lepas bersalin tidak ada susu, jangan stress tunggu bidan urut. Melimpahlah rezeki orang baru itu nanti, insha Allah.
Jadi sekarang, aku buat senarai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat semasa berpantang mengikut pendapat dan pengalaman aku.


1. Jangan cakap banyak pasal susu badan

Ibu-ibu ini sensitif. Jadi rekod di Malaysia ini ada orang terjun bangunan sebab susu badan tidak mencukupi. Nak bagi cadangan itu boleh, tapi cakap sekali sudah dan jangan sampai orang sakit hati. Semua ibu lagi nak bagi susu ibu pada anak dia tetapi rezeki itu lain-lain.
Suami, tolong sokong isteri masing-masing. Kalau nak tegur isteri itu, tolong buat di belakang keluarga. Sambil peluk-pelik isteri itu. Kena sayang-sayang, jangan marah-marah, kena lembut-lembut, jangan kasar-kasar.

2. Kalau susu badan dia tak cukup biar dia campur susu formula

Itu anak dia orang lain jangan jadi penyibuk sangat. Dia bukan lembu, susu dia mungkin tidak banyak satu peti ais macam orang lain. Tak payah masa tu kita nak guru perah susu marmet la, super pumping la, suruh tukar pump lah bagai.. makan produk organik la.. Makan kurma la makan itu la ini la.. Kalau jenis yield tak banyak, makan kurma dengan pokok sekali pun tetap susu tak banyak.. So jangan mengajar 4/5 kali and buat orang lain stress.

3. Jangan gaduh dengan orang dalam pantang macam kita yang paling pandai jaga anak

Ketahuilah yang semua ibu nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kalau dia tidak bedung anak dia sebab buat anak dia menangis, kita jangan menyibuk. Mana tau sebab rumah dia panas, atap zink, jadi kalau bedung bayi ni takut buat dia rasa macam dalam sauna.

4. Jangan nak ajar lebih-lebih orang dalam pantang tu melainkan kita ini mak pak dia

Cakap sekali sudah tidak perlu sampai menjadi tahap mak tiri mahu perli-perli ke apa. Bersalin tu sakit tau dan penat dua tiga hari.. Nak pulih sakitnya bersalin tu memakan masa, jadi, tidak perlulah buat orang lain tertekan. Cukup sudah rasa tertekan sebab tidak boleh tidur sewaktu beberapa hari selepas bersalin itu.
Kesimpulannya, kalau ada yg meroyan sampai buat macam-macam pada bayi, tengok persekitaran dia. Ada ipar duai dia tak suka ke, suami yang tidak berguna ke, mak mertua perli-perli ke. Sila betulkan keadaan sebelum terlambat.
Buat yang dalam pantang pula, janganlah degil bila mak suruh telan jamu, bila ayah suruh tungku, pakailah stokin, pilis, bengkung segala tu. 40 hari je bukan susah pon..Makanan dlm pantang pun sedap saja.

.:.

No comments:

Post a Comment