Friday, February 10, 2017

Gara-Gara Tidak Mahu Digelar Anak Derhaka, Suami Sanggup Ceraikan Saya


“Saya mintak suami tolong kemaskan barang nak pindah berpantang kat rumah mak saya sendiri sebab kat rumah mentua, saya ditempatkan kat ruang tamu, nak menyusu, nak mengurut, tak selesa. Suami bising merungut. Saya komen la takkan mintak tolong pun nak merungut. Tiba-tiba saja bapa mentua saya yang duduk kat luar rumah sebelum tu, menerpa kat kami dan cakap; Perempuan macam ni tak payah dibuat isteri. Kau buang aje…”

Inilah kisah isteri muda berusia 27 tahun yang diceraikan sebaik sahaja habis pantang (bayi berusia 53 hari) dek kerana suruhan daripada bapa mertua. Pelik kan?!

Selalunya, ibu mentua campur tangan tapi dalam kes ini bapa mentua pula yang lebih. Siap cakap: “Isteri tak boleh komen suami, tak boleh lawan cakap suami sebab suami ada ego. Kalau isteri berani komen suami, dah tak layak disimpan sebagai isteri lagi.”

Semua nak anak hidup bahagia. Hanya ibu bapa yang ‘terhilang’ kewarasan akal sahaja yang mengharapkan anaknya derita. Ada tikanya ibu dan bapa tersilap membuat keputusan hingga memudaratkan kehidupan si anak itu sendiri. Ya, ibu bapa yang membentuk anak-anak. Tetapi ibu bapa juga tak boleh lari daripada melakukan kesilapan.

Nak campur tangan dalam urusan perkahwinan anak-anak boleh tapi biar berpada. Ibu bapa kena bersikap sebagai pemantau keadaan, beri nasihat yang perlu untuk mendamaikan keadaan agar perkahwinan yang dibina si anak menantu mampu bertahan dan kekal dalam bahagia hingga ke akhir hayat. Bukannya meruntuhkan!

Malangnya ramai ibu bapa yang tersilap campur tangan. Keadaan yang boleh diselamatkan terus bertukar kepada memusnahkan. Ada ibu bapa yang tahu masalah anak tapi tak cuba menasihati anak menantu biarpun khabarnya hubungan mereka agak baik. Alasannya enggan campur tangan. Kalau ada sikap macam ni, rosaklah.

Paling penting, ibu bapa jangan mengugut kata anak derhaka hanya sebab si anak tak mahu turut kata anda. Dia berhak menentukan keputusan hidupnya sendiri dan anda perlu berikan kepercayaan bersama pemantauan serta doakan yang terbaik untuknya. Bukan mengugut, mencerca, dan mendoakan si anak ditimpa celaka andai tak ikut kata-kata anda. Moga boleh ubah mana yang silap…


.:.

No comments:

Post a Comment