Wednesday, February 1, 2017

Dari Sekali Dah Mula Buat, Jadi Berkali-Kali Pula, Sehinggalah.


Maafkan aku jika ada yang tak berapa faham aku taip ini.

Semasa aku berumur 13 tahun aku diajak oleh sepupu aku untuk buat seks dia kata hanya sekali saja buat mesti mahu lagi. aku yang naif dan tidak tahu apa-apa tentang seks ini hanya menurut saja.
Dari sekali dah mula buat jadi berkali-kali pula buat sampailah umur aku 15 kerana ketika itu sepupu aku melanjutkan pelajaran di luar negara aku ditinggalkan kesepian.

Selepas sepupu aku pergi aku mula mengenali lelaki lain dan kami pun berhubungan juga ia jadi macam tabiat dah sampalah aku habis SPM aku disahkan mengandung. Masa ini keluarga aku tidak tahu akan perbuatan aku, sampailah kandungan aku 8 bulan baru keluarga aku syak aku mengandung dan aku dihantar ke bawah JKM untuk pelindungan remaja hamil luar nikah, teman lelaki aku sudah pun melarikan diri entah ke mana.
Selepas selamat aku melahirkan anak lelaki aku menyerahkan anak aku kepada keluarga angkat di Johor. Bukan aku tak nak pelihara tapi keluarga aku yang malu akan perbuatan aku ini. Masa aku dekat rumah pelindungan aku belajar agama dan aku dah niat nak berubah tapi bila aku dapat result SPM dan dapat sambung belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur tapi harapan aku untuk berubah menjadi semakin nipis bila aku berkawan dengan kawan-kawan yang sosial.

Aku dah terjebak sekali lagi dan aku semakin kerap mengunjungi ke kelab-kelab malam dan disana aku berjumpa dengan seorang anak orang kaya dia yang bagi aku segala kemewahan dan kami bersekedudukan sekali sampailah aku disahkan mengandung sekali lagi, namum kali ini aku gugurkan anak itu sebab aku sudah ada duit.

6 bulan lepas itu berlaku perselisihan faham antara aku dengan teman lelaki aku dan akhirnya kami putus. Aku kecewa lalu aku balik kampung dengan tidak tamatkan pengajian. Setelah dua bulan aku tinggal di kampung, aku pening kepala dan muntah-muntah. Aku pergi ke klinik untuk periksa dan rup-rupanya aku mengandung lagi. Aku telefon ex aku tapi dia tidak mahu mengaku ini anak dia dan sekali lagi aku nenyusahkan kedua ibu bapa aku dan sekali lagi aku di hantar ke JKM.

Kali ini aku melahirkan anak perempuan, aku betul-betul mendalami agama dan aku sudah tidak mahu menyusahkan ibu bapa aku. Aku betul-betul tekad mahu berubah..Ibu bapa aku pun setuju bagi aku pelihara anak ini dan bila aku ingat balik aku menyesal

Anak aku yang perempuan pun dah usia 5 tahun sekarang ini dan sekarang hati aku dan jiwa aku dah bahagia bila dekatkan diri dengan Allah SWT. Aku pun sekarang ini sudah berkahwin tapi Allah SWT tidak bagi aku ada anak dengan suami aku lagi, mungkin atas dosa aku yang dulu. Alhamdulilah suami aku dapat terima anak aku ini.
Aku harap cerita ini dapat jadi pengajaran pada ibu bapa di luar sana Perhatikanlah anak-anak perempuan anda jangan sampai terjebak dengan gejala sosial macam aku ini. Mujur masih ada lelaki yang masih sudi terima aku yang hina ini.

.:.

No comments:

Post a Comment