Saturday, February 18, 2017

Berlumba Basikal Tengah Malam, 9 Remaja Maut Dirempuh Kereta


Sungguh menyayat hati apabila sembilan remaja maut manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta merempuh basikal ditunggang mereka di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Menurut BH Online, sekumpulan penunggang basikal terdiri daripada 16 remaja berusia antara lapan hingga 16 tahun berlumba dari simpang bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah ke Dataran Bandaraya sebelum tiba-tiba dirempuh sebuah kereta dari belakang.

BH Online menyatakan, remaja terbabit yang biasanya berlumba pada jam 12 tengah malam bermula lewat malam tadi kerana jalan ditutup bagi sambutan perayaan Chingay. Pihak polis enggan mengulas lanjut berhubung kejadian.






.:.

No comments:

Post a Comment