Friday, February 17, 2017

4 Manfaat Lidah Buaya Yang Ramai Tidak Tahu


Tahukah anda bahawa tumbuhan lidah buaya mempunyai banyak manfaat dan telah digunakan sejak dahulu lagi sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, demam, ruam, gatal-gatal dan banyak lagi.

Malah, penggunaan lidah buaya dalam bidang kecantikan bukanlah sesuatu perkara yang baru. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda khasiat dan manfaat yang perlu anda ketahui terdapat dalam lidah buaya.

ANTI PENUAAN
Lidah buaya mempunyai vitamin C dan E yang mampu merawat kulit anda secara semula jadi dan menjaga kulit daripada terhidrat.

MELINDUNGI SINARAN MATAHARI
Setelah seharian kulit terdedah kepada cahaya matahari, sapukan gel lidah buaya pada kulit anda kerana ia dapat memberi kelembapan pada kulit yang terdedah dengan sinaran matahari.

PELEMBAP
Gantikan pelembap anda dengan gel lidah buaya sebelum mengenakan mekap. Ia mampu mencegah kulit dari kekeringan. Bagi lelaki pula, gunakan gel lidah buaya sebelum bercukur kerana ia mampu bertahan ia mampu membantu merawat luka kecil ketika bercukur.

MENYIHATKAN BADAN
Secara tradisionalnya, lendir lidah buaya digunakan untuk menyuburkan rambut dengan menyapu pada kulit kepala secara berkala. Kemudian bilas rambut dengan bersih.


.:.

No comments:

Post a Comment