Friday, January 13, 2017

Waspada Waktu Urut Bersalin, Wanita Ini Kongsi Kisah Hampir Warisi Saka


Pasti ramai yang menganggap saka, cerita yang hanya berlaku zaman dulu. Tak kurang juga ada yang langsung tidak mempercayainya. Namun percaya atau tidak pada zaman serba moden ini ilmu saka masih lagi wujud.

Wanita bernama Laila Mukhtar antara yang pernah melalui peristiwa hampir diturunkan dengan ilmu salah ini. Lebih menakutkan ia berlaku ketika dia berurut selepas bersalin dengan seorang wanita tua.

Cerita ini cerita benar dan agak seram. Berlaku selepas Kak El melahirkan anak ke-3. Ihsan sekarang dah 6 tahun. Malas nak cerita sebenarnya. Bila ingat balik agak seramlah. Tapi Kak El rasa mak-mak (bapa-bapa pun) perlu tahu untuk elak benda yang sama terjadi.

Mak-mak pernah dengar tak SAKA, PELESIT, HANTU RAYA? Sebenarnya kalau orang dulu-dulu guna jin dan hantu ni untuk menjaga harta, Tukang urut guna untuk pandai berurut dan kuat semasa berurut. Benda ni semua bertentangan dengan ajaran Islam tau.  Salah! Dosa Besar! Syirik! - JANGAN COBA-COBA.
Baca macam zikir masa mengurut

Ok, korang dah sedia cerita bagaimana Kak El hampir-hampir jadi pewaris. Kak El berurut 3 kali pada awal berpantang, 3 kali penutup berpantang. Tok ni dikenalkan oleh saudara Kak El. Kawan saudara. So malas fikir panjang - sebab katanya memang bidan, Kak El on je. Urut berpantang lain sikit dari urut biasa-biasa. Maka perlulah cari pakar. Jangan hentam je.

Tok tu friendly. Suka bersembang masa urut. Banyak tanya. Kak El layankan aje tanda hormat orang tua-tua. Banyaklah dia nasihat Kak El pasal kewanitaan ni. Ada satu zikir Tok tu baca masa mengurut Kak El. Dia baca banyak kali, lepas tu bagitau Kak El ni zikir Fatimah. Kak El angguk. Mula la Kak El cuba mengecam bait-bait zikir tersebut.

Peliknya zikir tu bahasa melayu dan pelik sangatlah bunyinya - Kak El tak ingat semua ayat. Tapi dalam zikir tu ada sebut Ali (Suami Siti Fatimah), kasar macam lidah kucing. Dalam hati kata - Zikir Fatimah, Sayyidina Fatimah kan anak Rasulullah, keturunan arab - kenapa di Bahasa Melayukan. Erm, dalam hati lantaklah.
Ayat-ayat dia pelik
Lepas pantang Tok pesan datang berurut di rumah beliau. Last berurut kuat sikit dah lepas pantang, Kak El pergi ke rumah Tok tu sendiri drive. Baby tak bawa, tinggal mak jagakan. Tak jauh pun, 15 minit drive dah sampai. Ini kira sesi terakhir berurut lah.

Tok sambut Kak El. Sebenarnya masa masuk rumah tu Kak El ada rasa seram sikit. Anak-anak dia tak ada pergi kerja. Hanya dia seorang. Lepas urut, dia bagi pen dan kertas suruh salin "zikir mentera". Kak El serba salah. Dalam hati terfikir "Dah, ni apa pula...tak maulah! Tapi macam mana nak tolak ni!"

Tok bacakan mentera Kak El salin dalam keterpaksaan. Peluh kau. Ayat-ayatnya memang pelik. Last skali selawat nabi tapi macam terpesong ada tambahan - tambahan apa tak perlulah korang tahu.

Selepas habis dia suruh Kak El baca depan dia. Kak El jawab dah baca dah tadi masa tok keluar. Dia suruh juga ulang. Kak El ni jenis hormat orang tua. Dalam hati " biarlah dia..."

Kemudian Tok cakap, "Ok, dah selesai. Sebenarnya kalau ikut tok guru Tok, hang kena bagi satu persalinan baju, kain batik dekat tok."

Kak El macam "ape kejadah pulak ni. Habis aku" (hoi dalam hati je lah. Takkan Kak El nak cakap keluar). "Tapi sebab tok tak pesan siap-siap takpelah hang bagi duit jelah. "Sebenarnya Kak El memang nak bagi lebih dekat Tok ni, sedekah. Tengok bukan orang senang. Kak El ok jelah.
"Nah tok duit upah urut"
Rasa masa tu nak keluar cepat-cepat dari rumah tu. Pelik semacam feelingnya. Kak El salam macam biasa cepat-cepat nak keluar. Bagi alasan baby menyusu, tinggal susu sikit je.
http://ift.tt/2jcDG7R
Kalau tak mati kita jumpa lagi nooo
Selalu bila nak berpisah kita akan cakap begini kan "Kalau umur panjang kita jumpa lagi" tapi tok ni cakap dekak Kak El, "Kalau tak MATI, kita jumpa lagi nooo." Entahlah, Kak El rasa lain ayat dia tu walaupun hakikatnya sama. Sempat pesan "zikir tu hang baca pagi petang tau." "OK" layankan aje...pada hakikatnya Kak El dah rasa pelik sangat.

Balik rumah Kak El diam. Nak bagitau mak takut dia risau. Tapi last skali terluah juga. Mak bawa balik kampung jumpa seorang saudara ni. Bila bersembang Kemudian pakcik tu tanya;
"Ada dia bagi apa-apa suruh amal?"
"Ada"
"Hang amal? "
"Tak. saya tak buka pun kertas tu"
"Ingat tak apa dia tulis"
"Tak ingat. Paksa tak mau ingat"
"Bawak mai sini"

Kak El ambil kertas yang Kak El lipat letak dalam hangbeg dan bagi Pakcik. Pakcik tu pergi bakar. Pakcik suruh Kak El baca alfatihah, 4 qul dan 7 kali ayatul qursy.
"Takpa takpa insyaA-llah benda tu tak ikut hang"
Lega. Lega amat. Alhamdulillah. Selepas setahun Kak El dengar Tok tu dah meninggal. Lega tiada ada benda yang diwariskan. Tapi mujur tak serik berurut.

Tip cari tukang urut yg sesuai

Jangan serik berurut. Cuma berjaga-jaga. Kak El sharekan petua macamana nak cari tukang urut yang sesuai.

1. Kenal tukang urut - jangan sekadar google, cari di internet dan percaya begitu sahaja. Biarlah kita kenal dari orang yang kita percayai dan orang itu pernah pergi berurut dengan beliau - bukan dari mulut ke mulut.

2. Telitikan apa yang dibaca - masa mula urut selalunya ada jampi atau bacaan. Pastikan ayat yang digunakan ayat al quran - paling tidak ta'awuz (auzubillahi minassyaitonirrajimm - semua setan lari).

3. Worst case jika tukang urut nak bagi jampi pelik-pelik, tolak dengan baik - ayat power "suami saya tak izinkan ni saya ambil jampi-jampi begini".  Diri sendiri pun, pagarlah dengan Bismillah 21 kali, ayatul kursiy dan baca Bismillahi tawakkaltu 'alaLLahi.

Sharelah untuk kebaikan bersama. Saya izinkan tag saudara/kawan-kawan yang tengah hamil nak bersalin nanti mesti nak cari tukang urutkan. Hati-hati ya!

Yang Benar,
Kak El
Tak bela Pelesit. Bela badan sahaja.



.:.

No comments:

Post a Comment