Monday, January 2, 2017

Setakat Buat Muka Hodoh pun Bolej Jadi Popular? - Netizen


Kalau Bobo versi lelaki, gadis yang mempunyai talent sama seperti Bobo ini mungkinlah Bobo versi perempuannya pula.

Ini kerana sejak kebelakangan ini, nama dan wajah gadis ini sering menghiasi laman sosial, ada yang memuji namun tak kurang juga ada yang mencemuh video-video muzikal yang dibuatnya.

Gadis yang baharu menginjak usia 19 tahun ini dikenali dengan nama Internetnya, @itsrosenicotine dan sehingga kini jumlah pengikut di laman Instagramnya sudah mencecah ke angka 120,000 disebabkan tarikan video yang dibuatnya itu.

Baru-baru ini juga, gadis genit ini ada dijemput menjadi tetamu program Motif Viral bagi menunjukkan ‘bakat’ istimewanya itu kepada penonton seluruh Malaysia.

Namun, rata-rata komen netizen, mereka tidak menyangkakan, dengan membuat mimik muka sebegitu sudah boleh dijadikan tiket buat seseorang untuk menjadi popular dan terkenal dalam masa yang singkat.

Seperti contoh, seorang pengguna Twitter @mohdzaheem berkicau, “Yang ni ke orang cakap talent.  Ni bukan talent ni gile nih aduh malu betol.”

Sementara itu, @shahidarozman pula berkata, “She’s gonna regret this when she’s getting older. Dia tak fikir kesan jangka panjang bila buat video bodoh camni.”






.:.

No comments:

Post a Comment