Thursday, January 5, 2017

Menjadi Ibu Pada Usia 20an, Kamu Tergolong Wanita Bertuah!


Apa yang anda ingin capai dalam kehidupan? Ingin berjaya pada usia berapa? Ingin membina kerjaya dalam bidang apa? Bila akan semua impianmu menjadi kenyataan? Tetapi pernah tak terfikir membuat sasaran untuk menjadi seorang ibu pada usia 20an?

Mempunyai bayi pada usia 20an memberi sejumlah kelebihan dan keistimewaan sendiri. Malah, anda termasuk wanita yang bernasib baik apabila sudah mempunyai anak pada usia 20an. Ya, pastinya dengan memastikan keadaan kesihatan yang baik tanpa ada gangguan atau masalah.

Pada usia 20an, tenaga tubuhmu masih penuh

Melahirkan dan membesarkan bayi jelas memerlukan usaha dan tenaga yang tak kurang sedikit. Apabila kamu mengalaminya pada usia 20an, kamu masih mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan semuanya dengan lebih mudah. Berbanding jika kamu mempunyai anak pada usia 30an atau 40an, jelas mempunyai anak pada usia 20an tidak akan rasa terlalu memberatkan.

Detik-detik kehamilan dan menjadi ibu adalah waktu yang tak akan pernah dapat dilupakan seumur hidup. Dan kamu bertuah sudah boleh mendapatkan waktu tersebut di usia 20an. Walaupun memang akan ada cabaran dan halangannya tersendiri, tapi itu semua adalah sebahagian daripada keistimewaan hidupmu.

Mempunyai keluarga kecil jadi anugerah tersendiri

Semua pesta, hura-hara, hang out, atau berjalan bersiar-siar dengan teman-teman mungkin memang jadi aktiviti yang sangat menggoda di usia 20an. Tapi ketika kamu sudah berjaya memiliki keluarga kecilmu sendiri di usia 20an, kamu akan merasakan anugerah yang luar biasa. Walaupun memang peranan dan tanggungjawabnya lebih berat dan besar, tetapi kamu akan selalu punya kekuatan untuk mengecapi setiap waktu sukar yang ada.

Kamu akhirnya mencari tujuan hidup

Banyak sekali orang yang hidup tanpa tahu tujuan hidupnya. Mereka tak bahagia dan terjebak dalam rutin yang membosankan. Dulu pergi ke kuliah kerana dipaksa orang tua misalnya. Atau dulu suka mengikuti trend dan pengaruh pergaulan.

Tapi kini setelah mempunyai anak pada usia 20an, tujuan hidupmu jadi lebih jelas. Kamu tahu ada perjuangan yang perlu terus kamu lakukan sebaik-baiknya. Ada orang-orang tercinta yang ingin kamu bahagiakan. Sekalipun harus bekerja lebih keras dari biasa, tapi kamu tahu setiap senyuman buah hati akan selalu berjaya membuat hatimu tenang.

Bersakit-sakit dahulu, barulah bahagia kemudian

Pada usia 20an kamu sudah sibuk mengurus si kecil. Banyak masa yang perlu kamu korbankan demi buah hati tercinta. Malah kamu sudah jarang malah tiada waktu lagi untuk bermain atau berjalan-jalan dengan rakan-rakan. Tapi tak mengapa. Rasa lelah dan pengorbanan yang kamu lakukan ketika ini nantinya akan terbayar dengan kebahagiaan yang luar biasa. Ketika nanti anak-anakmu sudah membesar, kamu akan mempunyai lebih banyak masa untuk menikmati hari-harimu.

Setiap wanita mempunyai pilihan dan jalan hidupnya masing-masing. Syukur saja atas semua yang kita ada ketika ini.



.:.

No comments:

Post a Comment