Saturday, January 7, 2017

Lelaki Ini Kongsi Perangai Bodoh Orang Melayu Sewaktu Berada Di Kota London



Pengalaman berjumpa dengan rakan senegara sewaktu berada di luar negara pastinya merupakan sebuah pengalaman yang sangat menyeronokan. Lebih seronok lagi sekiranya rakan senegara yang korang jumpa itu merupakan seorang yang sangat peramah dan tidak sombong.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mazlan telah berkongsi pengalaman beliau berjumpa dengan orang-orang Melayu sewaktu berada di kota London baru-baru ini. Tetapi apa yang kurang menarik adalah respons yang diterima oleh beliau sewaktu cuba untuk beramah mesra dengan rakan senegara beliau sendiri.

Depa ingat aku tunggul ke apa?
Dua ari ni memborong barang2 kat sini…. tapi tiap kali masuk kedai2 branded ni mesti ade je jumpa melayu.. lebih 70percent melayu yg aku jumpa mesti sombong n belagak, n pandang kami atas bawah… ye la kami pakai selekeh… aku pakai seluar tracksuit je masuk kedai2 ni…. seluar angkat paras lutut, rambut dreadlock ngan backpack lusuh aku… tapi aku masuk kedai tu bukan ambik aircond bang…. aku beli barang….

Paling kecewa aku masuk kedai hackett kat Piccadilly…ade 1group melayu kat pintu masuk ngah berkumpul tunggu org, sbb aku nk masuk aku tegur lah group ni siap sengih lebar… tapi semua pandang aku atas bawah pastu wat bodo cam xdengar…. pastu mmber aku cakap

“Aku baru nak bagi tau ko, jgn tegur, td aku tegur depa wat aku cam tunggul”

Bila hidung ko dah lebih tinggi dari dari
Sedey aku…aku bagi salam je pon….xnak jawab senyum pon ok…lepas tu dalam kedai tu one of them langgar mmber aku sorang lg… agak kuat tapi wat muka bangang je…. mmber aku sound “langgar camtu je ke?”…. pastu depa blah without says sorry….wtf?

Plis lah melayu2 bodoh kat london ni… sampai bila hidung ko nak tinggi dari dahi… dulu aku pernah pg london ngan geng2 menteri… melayu2 bodoh ni yg terhegeh2 salam cium tangan….tesengih2 macam org bodoh…

Aku tau org2 cam kami ni nampak selekeh, nmpak xde duit… tapi kami mai sini bukan pakai duit org… kami masuk butik tu bukan ambik heater panas kan badan.. bukan kami mintak u alls bayar makan kami… kami ni dduk tempat yang x jumpa ramai melayu, bila jumpa melayu kami excited sikit… tu kami tegur….boleh sembang melayu…. mana tau korang sesat mungkin kami boleh tunjuk jalan…. mana tau korang xjumpa kedai kami boleh tunjuk….

Respect masing-masing
Simple je life ni… respect….treat people macam mana kita nak org treat kita… ntah la… wake up guys december da nak abes… emo plak aku ngan perangai melayu bodo camni….aku mention melayu sebab aku melayu.. kulit sama kaler, hidung sama penyek rambut sama hitam…

.:.

No comments:

Post a Comment