Wednesday, January 18, 2017

Kejelitaan Sebenar Wanita Terpancar Ketika Umur 40an


Kenapa perlu risau usia semakin meningkat? Bimbang dengan tahap kesihatan dan kecantikan semakin pudar? Jika begitu, latihkan diri anda untuk mengamalkan hidup secara sihat.

Namun, ramai yang tidak mengetahui rahsia di sebalik umur yang kian meningkat dan menjengah ke usia 40 tahun.

Kejelitaan Sebenar Wanita Terpancar Ketika Umur 40an1

Bukankah Al-Quran bercerita tentang usia manusia yang telah mencapai titik kematangan dalam hidupnya iaitu 40 tahun?

Allah SWT berfirman yang bermaksud:“Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)”. Surah al-Ahqaf ayat: 15

Seharusnya wanita yang berusia 40 tahun ke atas memiliki sifat-sifat baik yang mempercantik karakter keperibadiannya, sehinggakan Allah menyebut satu persatu sifat-sifat itu di dalam kalamNya yang agung ini.

Kejelitaan Sebenar Wanita Terpancar Ketika Umur 40an4

1) Jelita Dengan Bersyukur
Kesedihan ketika diuji boleh diubat dengan rasa syukur dan bersangka baik kepada Allah SWT. Lantas menjadi pemurah dengan memberi maaf kerana rasa syukur itu berjaya menutupi kekurangan orang lain.

2) Jelita Dengan Menjaga Amal Soleh
Usia 40 tahun masa terbaik untuk menyediakan bekalan menuju kematian, telah kering kejelitaan yang melalaikan dan tiba masanya bersedia pulang kepada Allah SWT.

3) Jelita Dengan Menjaga Zuriat Yang Soleh
Agenda terbesar pada hari ini dimulakan dengan menguruskan akhirat (mengajak solat) anak-anak sebaik anda menguruskan makan minum mereka. Tiada kata-kata kesat yang membantutkan akhlak mulia dan cuba memahami perubahan jiwa anak-anak dengan mengawal stres bersama.

Ibu yang memiliki kecantikan dalaman di mata anak-anaknya adalah ibu yang amat penyabar, rajin memberi motivasi dan inspirasi.

Kejelitaan Sebenar Wanita Terpancar Ketika Umur 40an3

4) Jelita Itu Sentiasa Bertaubat Dan Kekal Dalam Islam
Ciri-ciri kecantikan wanita usia 40 yang terakhir adalah suka bertaubat dan istiqamah dalam Islam. Taubat bermakna anda mencari aib diri dan memohon ampunan Allah, tidak sibuk melihat aib orang lain dan lupa diri sendiri.

Betapa ramai orang yang tergelincir dari jalan Allah, dulu beriman sekarang lalai, dulu solat sekarang tak buat, dulu merendah diri sekarang sombong lupa diri, dulu bertudung sekarang berbaju seksi, dulu suka mengaji sekarang tak kenal akhirat lagi?

Kejelitaan Sebenar Wanita Terpancar Ketika Umur 40an2

Ramai wanita cantik, muda atau berusia, menarik, bijak, kaya dan terkenal, disukai dan digilai ramai lelaki walaupun mereka berusia matang, namun begitu muda atau tua bukan satu ukuran kerana ajal maut tak kenal usia.

Semoga anda dirahmati kerana kecantikan hakiki bukan kosmetik tak asli kerana anda mengikuti teladan dalam ayat Al-Quran ini sebagai wanita berusia 40 yang jelita di sisi Illahi.



.:.

No comments:

Post a Comment