Wednesday, January 18, 2017

Jangan Bersedih Kalau Belum Berpunya


angan berasa sedih jika ramai kawan di sekeliling sudah punyai teman di sisi, kita masih sendiri meniti hari yang mendatang. Tipulah kalau tiada rasa cemburu kan? Sebab memang sudah menjadi fitrah manusia ingin mencintai dan merasa dicintai.

Kadang-kadang terlintas jauh di benak fikiran kita:
“Bahagianya dicintai dan mencintai. Bilalah aku nk rasa mcm tu”
“Kenapalah orang lain sudah berteman? Aku seorang saja yang masih single”
“Aku ni tidak cantikkah sampai tiada orang pun nak jatuh cinta dengan aku?”
“Tuhan tak sayang aku agaknya. Sebab itu dia tak bagi aku teman seperti kawan-kawan aku itu”
Bila kita bersendirian dan masih belum berpunya, tidak bermakna Allah SWT tidak sayangkan kita. Sebab Allah SWT sayang kepada kitalah, dia berikan kita masa untuk bersendirian. Allah SWT itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Mungkin kita diuji dengan bersendirian dan tiada teman di sisi.

Kawan kita yang berpunya itu tiada ujiankah?
Mereka pun diuji. Dalam percintaan tidak selamanya bahagia saja. Adakalanya mereka bergaduh, berpisah dan sebagainya. Nampak tak ujian yang Allah SWT turunkan itu berbeza buat hambaNya.

Bersendirian, kita dapat menghindarkan diri daripada dosa. Kita tidak akan terjebak dengan zina mata dan zina hati. Kita tidak akan dengan belenggu perasaan.

Bercinta bermakna kita perlu bersedia untuk dicintai dan bersedia untuk dilukai. Mungkin kalau kita berteman sekarang, kita tidak mampu fokus dalam pelajaran atau pekerjaan, emosi terganggu.

Kita hanya mampu merancang kehidupan ni, tapi jangan lupa Allah adalah sebaik-baik perancang.

Tidak perlulah risau sangat tentang jodoh. Bila tiba waktu yang sesuai, kita akan bertemunya. Jodoh kita sudah tertulis sejak azali. Teruskan berdoa semoga kita cepat bertemu jodoh yang ditentukan Allah. Yang penting teruskan memperbaiki diri supaya kita dapat jodoh yang baik.





.:.

No comments:

Post a Comment