Friday, January 13, 2017

Jadi Teman Terbaik Buat Si Dia



Perkara paling penting dalam sebuah perhubungan adalah persahabatan. Bila ada persahabatan, semua perbincangan akan jadi mudah makan apa-apa halangan akan dapat diatasi dengan mudah.
Cuba ingat semula, bagaimana kawan baik kamu berjaya menjadi seseorang yang sangat penting dalam hidup kamu? Pastinya dia telah meluangkan banyak masa dan usaha untuk mengenali kamu dan rapat dengan kamu.

Dengan si dia pula, bila kali terakhir kamu berdua menghabiskan masa bersama semata-mata untuk berkongsi dan bergembira?

Kalau sudah terlalu lama, jangan biarkan begitu saja! Ubah sekarang. Telefon si dia dan tetapkan satu masa untuk kamu berdua meluangkan masa bersama dan ikutinya. Bila bersama nanti, jangan lupa kongsikan perkara-perkara yang kamu suka, tak suka, cita-cita dan lain-lain.

Kawan-kawan kamu adalah orang-orang yang menerima kamu seadanya dan membuat kamu rasa bahagia. Dengan si dia pula, bagaimana kamu menerima semua baik buruknya? Ada diantara kita yang selalu cuba mengubah pasangan kita atau berleter padanya.

Percayalah, sikap ini hanya akan membuatkan si dia semakin jauh dari kamu.
Untuk mewujudkan atau mengukuhkan persahabatan dalam sesuatu hubungan, cuba kamu lakukan perkara berikut:

1. Dengar apa yang dia katakan. Betul-betul dengar tanpa memikirkan perkara lain atau sambil menonton TV. Bila dia bercerita tentang tempat kerjanya, tentang hobinya, dan lain-lain.
2. Kongsi tentang apa-apa yang terjadi sepanjang hari kamu berdua, sambil saling menyokong dan memahami.
3. Ambil tahu apa hobi si dia, baca tentang perkara itu supaya kamu boleh berborak dengannya nanti.
4. Sentiasa sebut “tolong” dan “terima kasih”, tak kisah sejauh mana tahap hubungan kamu dan dia.
5. Luangkan masa untuk makan bersama sekerap yang mungkin.
6. Sentiasa bersedia untuk memaafkan – jangan terlalu pandang kesilapan dan kelemahan si dia. Sebaliknya, latih diri untuk ingat perkara-perkara positif tentang si dia.
7. Rancang aktiviti bersama. Mungkin melancong bersama, main tenis, makan, mendaki gunung; apa-apa saja aktiviti yang kamu berdua suka lakukan bersama-sama)
8. Jangan lupa untuk bersuka-ria. Terutama jika kamu sudah berkahwin, kadang-kadang banyak tanggungjawab yang mungkin dirasakan agak membebankan. Tapi jangan ambil hubungan kamu terlalu serius sepanjang masa. Pasangan yang boleh ketawa bersama, kekal bersama-sama.
9. Ucap perkara yang baik-baik untuk satu sama lain. Dalam hubungan dengan teman biasa, kamu akan ucap perkara yang baik dan dalam tona yang baik, dan mereka pasti akan kekal menjadi temanmu, kan? Jadi buat perkara yang sama untuk pasangan kamu juga.
10. Jangan tidur dalam keadaan marah terhadap si dia. Nanti perasaan kamu akan meleret dan pergaduhan akan jadi berpanjangan.

.:.

No comments:

Post a Comment