Saturday, January 21, 2017

Ini 6 Perkara Yang Lelaki Berharap Perempuan Tahu


Banyak sebenarnya yang lelaki sembunyikan daripada wanita yang menyebabkan sukar untuk wanita memahami pasangan mereka. Ini enam perkara yang dikongsikan supaya perempuan tahu beberapa perkara menurut pandangan seorang lelaki.

1. Lelaki lihat perempuan cantik dengan atau tanpa mekap.

Lelaki tidak tertarik dengan mekap anda, wahai wanita. Mereka lebih tertarik pada minda anda, keletah anda yang membuatkan dia ketawa, keyakinan anda, senyuman, dan tawa anda yang comel. Mekap boleh digunakan, seperti fesyen, untuk meluahkan diri anda dan anda mungkin ingin kelihatan lebih baik, dia sangat menghargainya. Tetapi, anda tidak seharusnya berasa tidak cantik tanpa mekap.

2. Kepintaran.

Lelaki suka untuk belajar daripada seorang wanita berbanding mengajar mereka. Dia ingin membawa seorang wanita keluar minum dan melihat cara si dia berfikir.



3. Keyakinan adalah satu perkara besar.

Sesetengah lelaki mencari perempuan yang tidak yakin dengan diri sendiri kerana mereka tahu mereka boleh menggunakan perempuan itu dan mengawalnya. Wanita yang yakin akan menyelamatkan dirinya, bukan sahaja daripada lelaki yang berkeinginan tidak baik, malah daripada produk kecantikan yang tidak diperlukan. Keyakinan akan memberikan lebih sinaran berbanding BB cream.

4. Lelaki juga mempunyai perasaan.

Lelaki mungkin jarang bercerita tentang perasaannya, tetapi mereka juga tahu betapa pentingnya bercakap tentang perkara itu. Jika dia sedang mengalami masalah, tertekan dengan masalah itu, dia ingin meluangkan masa dengan pasangannya, bergembira seketika, dan jika perempuan bertanya apa yang tidak kena selepas itu, barulah lelaki akan merasa ingin bercerita.

5. Lelaki juga berasa tidak yakin dengan tubuh mereka.

Mereka tidak pernah mengaku, tetapi hakikatnya mereka juga seperti perempuan. Takut kepala mereka botak, jerawat naik, berat naik, atau terlalu kurus. Jika anda melihat lelaki di hadapan cermin, pujian yang ikhlas akan membuatkan mereka ceria!

6. Lelaki juga perlukan masa bersendirian.

Perempuan, jangan membebel jika mereka perlukan masa untuk bersendirian. Biarkan dia bermain games atau keluar bersama kawan-kawannya. Dia perlukan itu.



.:.

No comments:

Post a Comment