Sunday, January 22, 2017

Ibu Dan Isteri Merupakan Anugerah Allah SWT Yang Terbaik Buat Lelaki


Namun, hari ini. Masakan ibu saya tidak menjadi.
Ya, saya tak bagitahu dia.
Sebab pattern saya, tak pernah kritik makanan walauapapun rasa ia setiap kali apa2 pun yang telah terhidang.
Paling maksimum, saya cuma pilih untuk ‘Diam’ kan sahaja. Macam tiada apa2. Saya tahu banyak juga suami yang naturally macam ni. Beruntung siapa2 yang punya laki2 seperti itu. Nanti tagged sikit siapa2 yg tak pernah kritik makanan anda yang merupakan seorang isteri yang ‘Tak pandai memasak pun tapi tahulah memasak’.
Kalian mungkin anggap saya dan suami kalian unik.
Nope, saya bagitahu ni. Bukan.
Sebenarnya itu pattern Nabi Kita Muhammad saw tau. Saya cuma mencontohi baginda sahaja. Saya maklumkan awal. Biar suami2 kat luar take note, niat ikut sunnah Nabi Muhammad saw, nanti dapat syafaat. Senyum para suami sekalian.
Namun hari ini, post ini saya bagitahu tentang masakan ibu saya kerana ada sebab yang saya nak bagi kalian nampak.
Hari ini masakan ibu saya boleh tahan masinnya.
Bila ibu tanya, dia pun sedar hari ni termasin pula. Dia kata terlebih garam pada cili.
Tapi tahu apa saya buat, saya makan sahaja. Bahkan tambah lagi. Pelik.
Saya pilih utk tidak peduli tentang itu.
Sebab apa tau, sebab tiba2 saya terfikir..
Zaaap..
Keluar sesuatu yg tidak disangka:
“Apakah suatu hari nanti saya cukup bertuah untuk miliki seseorang yang istimewa dalam hidup saya yang mana adakah dia lebih baik dari ibu saya?”
&
“Apakah masih ada seorang wanita hari ini, yang bangunnya awal, sembahyangnya awal, masaknya awal, kasihnya awal, sayangnya awal dan dialah org pertama dalam keluarga yang sering memikirkan tanggung jawabnya awal-awal seperti ibu saya?”
&
“Adakah saya atau anda yang laki2 cukup bertuah untuk memiliki seorang ‘Isteri’ dan seorang ‘Ibu’ persis ibu kita sendiri dalam masa yang sama ditengah keadaan dunia penuh fitnah dari wanita kini?”
Dunia hari ini, menyebabkan kita tandus dan berprasangka tentang semua itu.
Sama juga terhadap kami ini yang laki-laki. Yang terkenal dengan jolokan tidak tahu erti setia, menghargai, dan yang sama waktu dengannya, lebih-lebih lagi yg mengecewakan dan yang sering melukakan dahulu.
Tiba-tiba daging masak merah yang masin itu saya tak rasa masin dah.



.:.

No comments:

Post a Comment