Friday, January 6, 2017

Dalam Hubungan, Lelaki Yang Matang Tidak Akan Lakukan 8 Perkara Ini


Pernah terfikir bila sebenarnya lelaki akan jadi seorang yang matang?

Ada setengah lelaki akan matang bila umur mereka mencecah 15 atau 16 tahun, ada juga lelaki yang tidak pernah matang walaupun mereka telah mencecah umur 30-an.

Lelaki yang matang mempunyai karakter dan emosi tersendiri berbanding lelaki yang tidak matang. Berikut kami kongsikan 8 karakter yang membezakan mereka. Percayalah, umur tiada kena mengena dengan faktor kematangan seseorang.
1- Lelaki Yang Matang Tidak Mengkritik Penampilan Anda


"Kenapa pakai tudung macam ni?, "Sayang, kalau boleh I suka tengok you slim sikit"

Seorang lelaki yang anda cintai tidak akan bercakap tentang penampilan anda dengan cara begitu.

Sebaliknya, dia hanya cuba untuk menjatuhkan keyakinan diri anda untuk menjauhkan diri daripada dia. Seorang lelaki yang matang tidak akan menjatuhkan diri anda semata-mata untuk memuaskan diri sendiri.

2- Dia Tidak Akan Kacau Ruang Peribadi Anda 

Jika anda mempunyai hubungan yang baik bersama rakan-rakan yang lain, dia akan faham dan menghormati nilai persahabatan anda itu.

Dia juga tidak akan cuba untuk meminta telefon anda untuk siasat dengan siapa anda berkawan. Jika dia berbuat demikian, dia sebenarnya menunjukkan seorang yang ragu-ragu terhadap anda dan tidak menghormati anda.

3- Dia Tidak Akan Lari Dari Masalah

Dulu ketika masih remaja, apabila hadapi masalah, salah satu cara untuk kita selesaikannya adalah dengan lari daripadanya.

Lelaki yang matang, dia tahu cara yang terbaik untuk selesaikannya, tidak kiralah sama ada masalah peribadi, keluarga mahupun masalah kerja, dia tidak akan lari daripadanya.

Namun, ini tidak bermakna dia suka cari masalah untuk diselesaikan. Dia tahu, bila perlu dia selesaikan masalah dan bila perlu dia lari daripada timbulkan masalah.

4- Dia Tidak Beranggapan Bahawa Emosi Itu Satu Kelemahan

Seorang lelaki yang matang, tidak bermakna dia seorang yang sentiasa bersabar atau seorang yang tabah dalam segalanya.

Dia tidak takut untuk terima sebarang kritikan apabila dia menunjukkan sudut dirinya yang lemah lembut dan romantik terhadap seseorang yang dicintainya. Dia tahu dengan berbuat demikian tidak menjejaskan sedikitpun reputasi terhadap dirinya, malah dia tahu dengan berbuat demikian akan lebih menguatkan lagi hubungan.

5- Dia Bukan Seseorang Yang Berfikiran Pendek


Setengah lelaki dengan mudahnya akan membelanjakan duit yang ada untuk apa sahaja yang dia suka tanpa fikir akibatnya pada masa depan.

Mereka yang matang akan berfikiran jauh dalam setiap tindakan yang dia lakukan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna hidup mereka sangat bosan dan tidak spontan.

6- Dia Tidak Akan Buat Anda Rasa Terabai Disamping Rakannya 

Setiap lelaki juga perlukan ruang untuk mereka luang masa bersama rakannya. Namun, lelaki yang bijak tidak akan abaikan wanitanya demi rakan yang lain.

Lelaki yang sentiasa mendengar kata-kata daripada rakannya berbanding menerima kata daripada wanita idamannya mungkin mempunyai masalah psikologi. Kerana, mereka yang berbuat demikian menunjukkan sikap terlalu kebudakan dan tidak matang.

7- Dia Sangat Akrab Dengan Ibunya


Lelaki yang matang akan sentiasa luangkan masa untuk kedua-dua insan yang tersayang, ibu bapanya.

Dia tahu, dengan menjaga orang yang pernah menjaga dia ketika kecil dahulu adalah sangat penting. Itulah satu cara baginya untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka.

8- Dia Menghormati Anda dan Tidak Akan Sentuh Anda

Ini termasuk bukan sahaja penderaan fizikal tetapi juga psikologi anda.

Jika dia pernah melakukan apa-apa jenis keganasan terhadap anda, jadi berhentilah beralasan yang dia adalah satu-satu lelaki yang anda nantikan. Dia tidak akan berubah. Kerana lelaki yang matang tidak akan melakukan keganasan terhadap anda tidak kira sejauh mana tahap kemarahannya.

Namun, cara seorang lelaki melayan wanitanya tidak hanya bergantung pada personaliti dirinya tetapi juga mengambil kira tingkah laku wanita itu sendiri. Hubungan yang baik perlukan kerjasama kedua-dua belah pihak.

Pihak wanita juga perlu mengelakkan kesilapan tertentu untuk hidup bahagia bersama pasangannya.



.:.

No comments:

Post a Comment