Wednesday, January 18, 2017

Cuti Khas Untuk Wanita Yang Mengalami ‘Period Pain’. Perlu Atau Tidak?


Churan Zheng bekerja di sebuah syarikat di China yang membenarkannya dan pekerja wanita yang lain untuk mengambil cuti selama satu atau dua hari dalam sebulan jika mereka mengalami ‘period pain’ atau senggugut.



Churan Zheng sangat menyokong cuti ini dan mencadangkan semua wanita patut ditawarkan cuti sebegini. Tetapi, topik ini menjadi perdebatan terutama dalam kalangan wanita.

Ada yang tidak bersetuju kerana itu tidak membuktikan kesamarataan antara lelaki dan perempuan. Ada sebahagian yang mengalami masalah ini tetapi dapat bekerja dengan baik, dan menyarankan buat mereka yang mengalaminya untuk berjumpa dengan doktor.



Wanita yang tidak mengalaminya dan tidak ingin keluar bekerja akan mengambil kesempatan untuk menggunakan cuti tersebut.

Selain itu, ada juga yang mengatakan cuti ini sangatlah wajar tetapi akan merugikan mereka. Dan mereka terpaksa bekerja lebih masa pada waktu lain untuk mendapat gaji yang sepatutnya.

Menurut anda, wajar atau tidak cuti ini?



.:.

No comments:

Post a Comment