Friday, January 20, 2017

Anak Jenis Apa Korang Ni, Dera Ibu Sendiri?


Petang tadi kat stesen KTM terjumpa dengan nenek ini, usha dari jauh. Kasihan sangat tengok, tengok dia baring kat stesen lepas itu ada orang pula yang terlanggar tong sampah dan terkena dia. Aku pun tolong angkatkan sekali. Masa itu, dia tengok aku. Senyum saje, aku pun senyum.



Masa itu aku sibuk, jadi tidak sempat untuk berbual. Lepas sudah siapkan kerja, tengok nenek ini adal lagi kat stesen, tanya dia nak pergi mana. Dia cakap nak pergi Gua Musang, tiket keretapi pukul 3 pagi, dia dari pagi kat stesen itu. Bayangkanlah dia nak tunggu pukul 3 pagi seorang diri.

Selepas itu, kami sudah mula berbual panjang. Bila dengar apa yang dia cakap, sangat-sangatlah terkilan. Nenek ini dari Kuantan ke Mentakab naik teksi. Berbekal duit RM25 saja. Tampang teksi masa itu RM85. Dia bagi semua duit dia, dia cakap dia tidak ada banyak duit. Bila tanya, rupa-rupanya dia kena halau rumah dengan anak dan menantu dia. Aku jumpa dia masa itu sudah petang. Aku cakap anak-anak mok tidak ada yang tahu ke mok ada di sini? Dia suruh aku panggil dia mok. Dia cakap tidak ada seorang pun yang tahu. Aku minta no telefon waris dia mana tau ada. Dia cakap tidak ada, aku tanya sudah makan, dia cakap dia ada RM5 saja, itu pun orang sedekah, dia tidak tahu nak minta tolong siapa yang belikan.

Dia kena halau, dia cerita apa yang menantu dia buat. Menantu dia sepak dia, sampai bengkak di lutut. Main ketuk-ketuk kepada benda itu sudah biasa, dia cakap. Masa dia cerita dia tidak menangis. Tapi aku masa itu sudah sebak, bila aku ajak dia duduk sekali dengan aku, terus dia menangis sambil peluk-peluk aku, dia cakap bukan mahu menagih simpati. Dia boleh duduk di sini, dia tidak mahu menyusahkan orang. Sampai hati ke korang nak biarkan nenek ini, jalan pun tidak berapa, mata pun sudah tidak nampak. Pendengaran pun kurang.

Sanggup ke malam-malam biarkan dia seorang? Dia boleh duduk sini. Dia menangis sebab ada orang sudi tolong dia. Tidak lekang mulut dia sebut alhamdulillah. Aku sedih, sedih sangat. Tidak faham kenapa ada manusia yang sanggup buat orang tua macam ini? Dera mak sendiri. Nenek ini nak jalan pun sudah tidak larat. Terpaksa keluar seorang diri. Telefon pun tiada. Dia cakap dia tawakal saja, dia duduk rumah itu pun dia banyak menangis. Dia pun bersyukur dapat keluar dari rumah itu. Allah Allah, sedih sunggu dengar kisah nenek ini.

Semoga Allah jaga mok. Mok cakap, Allah ada dengan kita, kot tidak apa-apa. Mok tau Allah tolong, buat apa kita nak takut, mok tawakal dengan perjalanan mok yang tidak bawa apa-apa. Allah ada tolong mok.

Sekadar perkongsian. Allah temukan saya dengan mok, Mungkin Allah mahu menegur, semoga Allah lindungi mok. Amin



.:.

No comments:

Post a Comment