Friday, January 27, 2017

Amalkan Tips Beli Jiwa Mertua Cerewet Ini, Anda Pasti Jadi Menantu Kesayangan Nanti!




Bersyukurlah pada yang memiliki mentua baik lagi penyayang, mudah berbicara dan tak kekok untuk bermesra. Nak balik selalu ke rumah mentua pun senang hati.Tapi bagaimana pula kalau dapat ibu mentua sebaliknya. Kalau nak tahu ini antara tiga kerenah mentua yang paling ditakuti menantu terutama sekali menantu perempuan.
1. Mentua cerewet
Berdepan mentua cerewet memang buat menantu pening kepala. Ada saja yang dikomen atau yang tidak kena. Daripada soal kebersihan, cara menguruskan rumah, mengasuh akan hinggalah kewangan anda suami isteri. Kompelin mentua ini tidak berhenti selagi anda tidak melakukan perkara mengikut caranya.

2. Mentua cemburu
Mentua jenis ini rasa dia memiliki hak yang sama ke atas diri anda seperti hak terhadap diri anaknya. Alasannya kerana anda dah jadi pasangan anaknya. Dia akan merasa cemburu bila anaknya memberikan perhatian yang lebih kepada anda melebihi perhatian yang diperolehnya. Biasanya orang yang memiliki perasaan cemburu juga akan berfikiran negatif dan selalu berasa curiga.
3. Mentua serba sempurna
Jenis mentua yang serba sempurna atau perfectionist akan selalu menginginkan segala – galanya sempurna. Walhal dia tahu takde manusia yang sempurna di dunia ini, mesti akan ada kekurangan di mana-mana. Biasanya orang yang ‘perfectionist’ memiliki sifat ego kerana hanya mementingkan kehendaknya tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Bagaimana nak berdepan dengan mentua macam ni? Tak perlu jumpa bomoh atau memberi air melembutkan hati, cuma perlu sedikit psikologi.
1. Mentua cerewet
Bila berdepan mentua begini menantu kena tenang. Ketika mentua memberi komen atau kompelin dalam segala hal, kawal emosi anda. Jika tidak, ia boleh jadi punca konflik. Semasa mentua memberi kritikannya, dengarkan saja. Selesai mengkritik dan memberikan pandangannya barulah anda boleh membalas atau memberi penjelasan. Tapi ketika ini gunakan kata-kata yang paling lembut, berlapik dan tidak akan menyakitkan hatinya.

2. Mentua cemburu
Jika ditakdirkan mentua anda jenis cemburu orangnya, menantu perlu banyak sabar dan pandai mengawal emosi. Cuba fahamkan mentua bahawa kasih sayang yang diberikan oleh anaknya pada isteri dan dirinya adalah sama dan tidak ada bezanya. Selain itu suami sendiri harus memainkan peranan beri penjelasan. Jika tidak mentua akan terus dihimpit perasaan cemburu dan curiga.
3. Mentua serba sempurna
Satu saja cara untuk berhadapan dengan mentua perfectionist ini iaitu bersabar dan tidak beremosi. Boleh juga luahkan apa yang anda rasa. Waktu mentua sedang gembira adalah masa paling tepat untuk berbicara dari hati ke hati. Jelaskan bahawa kita sudah berusaha melakukan yang terbaik untuk anaknya.
Apa-apa pun, jelaskan bahawa anda sememangnya kurang sempurna dan minta nasihat daripadanya untuk memperbaiki keadaan rumah tangga. Perkara ini akan membuat hati mentua lebih lembut dan lebih terbuka. Selamat mencuba!

.:.

No comments:

Post a Comment