Sunday, January 8, 2017

‘Aku Isteri Orang, Dia Suami Orang, Kami Terlanjur, Kami Berdosa’


Hubungan rahsia kami mencecah hampir 4 bulan. Pada awalnya, kami hanya suka-suka berkawan. Tidak kami sangka, pertemuan demi pertemuan membuahkan bibit cinta antara kami. Sejak itu, hidup kami diibaratkan sebagai pasangan suami isteri yang sah

Hari-hari berjumpa, hari-hari “bersama”, bahkan kami langsung tidak boleh dipisahkan. Isteri kepadanya, sakit. Sakit yang tidak membolehkan si dia melayan nafsu di ranjang. Tapi, aku boleh. Aku mampu memberinya kenikmatan seperti mana yang dia mahukan.

Dan aku bahagia ketika bersama. Aku dapat rasakan cintanya pada aku selepas kami bersama. Jujur aku katanya, aku rela melakukan apa sahaja deminya.

Aku pula, suami aku sering saja outstation. Berhari-hari kerja luar. Aku terasa sunyi. Bila dia balik, takde benda lain yang dia mahukan dari aku. Hanya SEKS!! Seks tanpa perasaan… aku jadi benci! Aku tak boleh lagi menipu diri aku sendiri.


Aku sedar, kami berdosa. Terlanjur… Aku mahukan perhubungan yang halal bersamanya. Tapi, aku isteri orang dan dia suami orang. Dia tak boleh berpisah dengan anak-anaknya. Isterinya mengugut dia, seandainya terbukti dia ada perempuan lain, isterinya tidak membenarkan dia berjumpa lagi dengan anak2nya.

Aku terkilan, pernah aku meminta hubungan kami diputuskan. Tapi, dia tak rela membiarkan aku pergi kerana dia amat menyayangiku.. aku buntu!!

Apakah yang wajar aku lakukan untuk menamatkan kisah ini? Aku tak mampu kehilangan dia.. hatiku akan mati. Jiwaku akan musnah.

Adakah hidup ini terlalu kejam pada aku.. Bantu aku dengan komen2 bernas dari kalian…


.:.

No comments:

Post a Comment