Monday, January 30, 2017

Ada suami serupa macam tak ada suami


Saya dan suami ini sejak anak pertama dilahirkan pada 4 tahun lepas, kami tidak pernah tidur sebilik kecuali kalau pergi bercutim terpaksalah tidur sebilik.
Dari saat anak dilahirkan, sejak hari pertama saya berpantang, saya tidur bersama anak dibilik, manakala suami pula tidur di ruang tamu.
Jadi bermula dari saat itu, dia memang tidur di luar dan sekarang ini pula, kami pasangan suami isteri jarak jauh. Kira hujung minggu baru berjumpa. Kadang-kadang, saya memang tidak ada hati pada suami. dan hari ini saya rasa memang cinta saya 0.1% pada suami.
Sekarang ini saya tidak hairan sekiranya dia ceraikan saya. Saya sudah boleh uruskan semua.
Dari zaman mengandung, saya pergi checkup sendiri di klinik, tiada sumai pimpin-pimpin tangan seperti pasangan lain. Pergi kerja jalan kaki, naik tren. Kalau suami bercuti pun, banyaklah alasan dia untuk tumpangkan isteri ke tempat kerja, sedangkan saya tengah sarat mengandung. Saya banyak pendam dan menangis serta stress ketika mengandung.
Suami pula seperti tiada perasaan. Saat saya sedang kesakitan di wad menunggu masa untuk bersalin, suami sempat tidur 2 jam di surau dan makan roti canai di kedai mamak sedangkan saya kesakitan tanpa suami, mujur kemudian keluarga datang melawat saya. Bila sudah masuk labor room, suami macam tiada perasaan excited dan bla anak dilahirkan, dia cakap dia blur, tidak tahu mahu buat apa.
Selepas dari itu, zaman pantang, tekanan perasaan sebab saya tidak dapat berehat secukupnya, anak pertama, saya tiada pengalaman, suami pula pentingkan tidur, dia abaikan saya dan anak dan pula pernah satu hari, terkantoi Facebook dan Whatsapp dia penuh dengan info pelacur freelance dari serata negeri.
Selepas setahun, saya bekerja, segala perubatan anak, perubatan diri saya, saya tanggung. Bil rumah, bil air, bil api, saya tanggung dan duit pengasuh anak pun saya tanggung. Duit beli pakaian harian anak, saya tanggung. Suami ada beli baju anak, tapi jumlah saya belanjakan pada anak, hanya berapa peratus saja. Persiapan menyambut anak sebelum bersalain 110% wang saya. Fees beranak di hospital pun saya yang tanggung.
Begitu juga belanja dapur, duit susu dan pampers anak, saya tanggung. Saya menguruskan anak seorang diri, suami kerja jauh nun di sana. Penat lelah saya. Kadang-kadang saya menangis bila terfikirkan tentang suami saya. Saya akan cepat marah dan lepas kemarahan itu pada anak, kasihan pada anak saya yang tidak berdosa.
Disebabkan saya supermom, saya berasa tidak adil segala urusan saya lakukan. saya minta pula suami bayar yuran sekolah anak ,masih juga berkira. Mahu saya tunjuk berapa ringgit belanja bulanan serta gaji saya padanya. Ya Allah.. Berkiranya kau dengan aku.
Allahu, sedih sangat. Duit gaji dia tanpa sesen belanja untuk kami dua beranak, bila saya minta, pelbagai alasan diberikan. Duit gaji dia habis pada duit rumah dan duit loan kereta,i tu pon harta dia,nama dia.
Sedangkan saya ni membayar duit bil air, letrik, belanja dapur, dia utilize kemudahan yang saya sediakan itu dan rumah saya tu dia berteduh pada hujung minggu, lagi mahu berkira. Sekarang ini, kalau dia balik rumah, saya jadi meluat. dia tidak balik hujung minggu pun tidak apa. Itu pun ada hati nak ajak bersama.
Fikirlah, kenapa saya tidak ada hati nak ‘bersama’, kalau semua benda saya uruskan, duit, penat dan lain-lain. Dia seseolah seperti mengambil kesempatan ke atas isteri sendiri.
Sudahlah tidur pun pentingkan diri sendiri, tidak boleh berjaga untuk anak-anak, deman pun saya uruskan. Insurans anak pun saya yang uruskan. Seriously kau adalah suami yang paling rugi di dunia ini sebab suami orang lain inginkan saat bersusah payah bersama isteri dan anak-anak.
Saya tidak ada harapan untuk dia buat masa sekarang, cuma minta suami berubah dan cuba fahami situasi saya. Kadang-kadang bila saya utarakan mengenai letih sebab kerja rumah saya buat seorang, dia akan cakap, orang-orang dulu ok saja.
Mungkin dia lupa, orang dulu-dulu perempuan kerjanya uruskan anak dan rumah, mana ada keluar dari awal pagi hingga malam mencari rezeki dan malam sambung buat kerja rumah untuk keluarga. Saya sedih. Biarlah saya bahagia dengan anak seorang, kadang-kadang bula buat kebaikan, tetapi kita mengungkit. Sia-sia saja kebaikan itu.

.:.

No comments:

Post a Comment