Thursday, January 26, 2017

Abah Layak Masuk Syurga ke?


Mungkin cerita yang aku nak sampai kan ni nampak lebih kurang sama dengan kes-kes confessor lain as anak yang kena mental/physical abuse dari parents diorang. Cuma satu je niat aku share confession aku ni.. sebab aku nak orang share dan mana tau, maybe Abah aku terbaca sebab dia tu kaki facebook. Abah aku tu dia setiap hari post mutiara kata yang dia karang sendiri sebab dia suka kalau orang puji dia tentang ilmu agama dia yang tinggi.

Oh, untuk pengetahuan pembaca semua, nama aku Farah(bukan nama sebenar). Aku berumur 26 tahun dan merupakan anak bongsu dari 7 beradik. Aku lahir dalam keluarga yang below average dan Abah aku merupakan pesara Polis. Walaupun Abah dahulunya seorang Pegawai Polis yang boleh dikatakan tinggi juga pangkat nya, tapi hidup kami sekeluarga tetap sentiasa dihantui masalah duit. Ye lah, usually bila pangkat tinggi, gaji pun mestilah tinggi. Tapi tidak untuk Abah. Abah seorang yang suka membazir. Ya, suka membazir untuk diri sendiri. Untuk Mak atau kitorang adik beradik, jarang sekali Abah nak keluarkan duit. Selalu nya bila minta duit untuk belanja harian sekolah, Abah selalu maki hamun, kata dia tak ada duit. Duit dia tak cukup.

Disebabkan perangai Abah yang kedekut nak keluarkan duit untuk anak-anak, Mak terpaksa berhenti jadi surirumah dan bekerja waktu aku umur 5 tahun. Dan disebabkan sifat kedekut Abah tu, 20 tahun yang lalu Along aku terpaksa lupakan hasrat dia untuk belajar, Along berhenti belajar sebab masa masa tu korang bayangkan kalau zaman dulu, Abah cuma bagi duit poket untuk Along belanja RM 20 setiap bulan. Duit tu lah Along guna untuk makan, assignment etc tapi tak cukup, jadi Along berhenti belajar dan bekerja di negara orang. Along bawa diri. Tinggal la aku dan adik beradik yang lain dekat Malaysia. Baju sekolah/baju baju semua pun turun temurun. Tapi aku tak kisah, sebab aku tau kitorang bukan orang senang.
Aku cuba untuk memahami sifat Abah yang kedekut tu, aku tahu dulu dia tak dapat merasa kesenangan sebab dia juga lahir dalam keluarga yang sangat miskin. Tapi apa yang abah buat pada kami adik beradik buat kan aku rasa tak guna Abah pergi belajar agama di pondok satu ketika dahulu. Ya, orang lain nampak Abah aku hebat, nampak dia seolah-olah seorang bapa yang sangat baik, bertanggungjawab, berwibawa, very the professional gitu. Polis-polis satu Malaysia kenal Abah aku. Sebut je nama dia di setiap Balai Polis, semua orang kenal. Tapi tanggung jawab terhadap keluarga abah aku abai kan. Seolah-seolah kami ni beban bagi dia.

Abah aku seorang yang sangat panas baran. SANGAT PANAS BARAN. Kaki pukul. Kata-kata kesat tu mainan lidah dia kalau dia marah pada kami. Mak dan kami adik beradik selalu kena terajang ngan Abah. Mak memang seorang yang kuat. Aku respect mak aku sebab boleh tahan dengan perangai Abah yang kaki pukul tu. Tapi disebabkan perangai Abah yang panas baran tu, Mak selalu stress. Jadi mak pun selalu pukul kami adik beradik. Mak terlalu stress sampai guna ayat ayat kesat “Baik aku bunuh kau ni dulu, menyusahkan hidup aku dah besar!” Pernah juga Mak maki hamun aku dengan ayat “Kau ni memang anak B**I!!” Jujur aku cakap, self-esteem aku sangat low masa kecik-kecik, Abah selalu kutuk keadaan physical aku yang hitam, kulit berkudis, gigi crooked, sampai aku selalu fikir, kenapa la tak mati je kan senang. Bayang kan, budak umur 4~6 tahun dah boleh fikir nak suicide. Tambah pula kawan2 kat sekolah selalu pulaukan aku sebab aku kulit gelap. Bila dah besar ni, rasa macam eh pergi la mati aku hitam ke apa. Hahaha

Batang betik, getah paip, tali pinggang kulit, cota, belantan korang cakap je, apa aku tak pernah rasa. Separuh mampus kena belasah ngan Abah, kadang-kadang pasal hal kecil je, contoh macam kalau kau lambat kapur kasut sekolah, get ready la badan kau. Aku pernah kena rendam dalam tong penuh air masa umur aku 7 tahun, pernah kena gantung leher aku kat pintu masa umur 8 tahun. Ye, kalau zaman sekarang, mungkin Abah dah kena masuk lokap sebab boleh dikatakan mendera anak-anak. Abah tak pernah datang sekolah ambil report card. Sebab Abah aku workaholic. Ya, workaholic sampai kalau aku minta tolong dia hantar ke sekolah, Abah akan terus maki hamun kata aku anak tak guna, menyusahkan dia, punca dia pergi kerja lambat, padahal time tu awal lagi untuk dia masuk office. Jadi disebab kan Abah selalu maki hamun kalau minta hantar ke sekolah, kami adik beradik ambil keputusan untuk jalan kaki/naik basikal. Lagipun bagi Abah masa depan kami adik beradik tak penting, yang penting masa depan dia. Career dia yang penting. Oh ye, Laluan ke sekolah dari rumah memang bahaya, lori balak lalu, gangguan lelaki pedo yang berhenti motor tayang kemaluan dekat aku(banyak kali kena masa sekolah rendah sampai dah lali) Jarak ke sekolah ada lah dalam 10 km.

Waktu raya lah yang paling kerap Abah buat hal. Kitorang tak pernah pergi beraya dengan hati yang lapang dan bahagia, sebab Abah selalu sangat maki hamun sampai mood nak beraya tu dah hilang pergi mana tah. Mak ngan Abah selalu bergaduh menjerit2 maki hamun dalam kereta sampai kami adik beradik dah lali tapi selalu rasa ketakutan. Aku membesar dengan perasaan takut dekat Abah. Abah tak pernah bergurau2 dengan kitorang. Abah tak ingat birthday kami adik beradik. Jadi, memori yang best-best pasal Abah memang tak ada dalam ingatan aku. Yang ada cuma memory pahit. Aku pelik, kenapa ayah orang lain yang belajar ilmu agama tinggi sangat lembut dalam mendidik anak-anak. Kenapa Abah tak ikut dan amalkan apa yang dia belajar?

Tahun 2008, peristiwa ni la yang menunjukkan tanda-tanda Abah memang tak sayang dekat kami. Abah ceraikan Mak sebab perempuan lain. Abah tinggalkan Mak demi perempuan yang kaya. Ya, perempuan tu kaya, janda anak 1. 33 tahun Mak hidup susah senang ngan Abah, dan dalam 3 bulan sahaja masa untuk Abah senang-senang je buang mak. Abah kahwin dengan isteri baru dia dan tinggalkan kami dengan hutang piutang. Mak makin stress, gaji mak tak cukup nak bayar hutang dan bil2 rumah yang mencecah 3 ribu ringgit setiap bulan. Mak terpaksa pinjam dekat kawan2 untuk bayar hutang sebab kalau tak memang rumah kena lelong dan kami pun merempat. Lepas Abah tinggalkan kami, Mak langsung tak ambil tahu hal aku. Mak sibuk dengan dunia sosial dia. Abang-abang dan kakak-kakak aku semua sudah bawa diri masing-masing, ada yang dah berkahwin dan ada yang sudah bekerja. Tinggal la aku yang masih lagi bersekolah. Jujur aku cakap, masa tu, Tuhan je tau betapa susahnya hidup. Alhamdulillah, walaupun mak abah bercerai masa aku tengah SPM, result SPM aku boleh dikatakan cemerlang.

Aku sambung pengajian di institusi pengajian yang paling murah yuran nya. Sebab aku tau, tiada siapa yang akan tanggung aku belajar. Tu pun nasib baik dapat pinjaman PTPTN, 2 tahun lepas mak abah cerai, Mak jumpa jodoh dia, Mak kahwin baru. Mak tinggalkan kami dan ikut suaminya. Abah pula lepas 3 tahun, baru cari kami semula, tapi Abah tetap dengan perangai lama dia, beza nya aku dah besar dan dah pandai melawan. Haha. Dan disebab kan mulut aku yang selalu cakap lepas ni, itupun sebab aku tak tahan dengan cara abah layan kami , abah selalu tak mengaku aku ni anak dia. Abah haram kan aku berbinti kan nama dia. Tapi sekarang aku dah tak peduli dah apa Abah nak cakap sebab bagi aku, aku lebih rela kalau Abah pergi selamanya sebelum bercerai dengan Mak. Sekurang-kurang nya kalau dia pergi sebelum tu, mungkin tak akan membenci dia sebanyak ini.

Sepanjang aku belajar, abah tak pernah ambil tahu kebajikan aku. Abah lebih suka habiskan masa dengan keluarga baru dia. Dan sampai sekarang Abah masih ego, masih tak nak dengar cakap kami. Abah selalu kata aku ni anak derhaka bila aku minta duit belanja masa belajar. Oleh disebab kan itu, aku selalu pinjam duit dari kawan-kawan. Aku terpaksa buat kerja part time lepas habis waktu kelas. Penat. Tapi apa kan daya, Abah tak pernah tau kesusahan aku.

Abah, kalau Abah rasa Abah layak masuk syurga dengan mengajar orang sana sini tentang agama, mengingatkan orang lain tentang tanggung jawab, Abah silap. Abah lupa akan tanggungjawab dengan kami, terutama anak anak perempuan Abah. Abah selalu cakap, Abah tak perlukan anak-anak pun dalam hidup Abah. Bongkak nya Abah sedangkan Abah tau, apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh. Dan Farah harap masih sempat Abah perbetulkan kesilapan Abah.



.:.

No comments:

Post a Comment