Monday, January 16, 2017

20 Perangai Pelik Anak Muda Dalam Menguruskan Kewangan


Anak muda kalau tak buat perangai pelik pada zaman sekarang ni memang tak sah. Tengok sajalah muncul geng Raver lah, geng Hipsterlah, tarian sotong lah, dak Wicet lah dan macam-macam lagi.

Apa nak jadi pada golongan ini lagi 20 tahun akan datang ye tuan-tuan dan puan-puan. Mereka generasi pelapis kita.



Dalam pengurusan kewangan pun ada juga golongan yang pelik. Kau nak tahu golongan perangai pelik tu macam mana? Jom baca!

1. Dapat gaji, terus kau berbelanja sakan. Beli itu ini. Buka Lazada, Zalora itu mesti. Menyimpan nombor dua. Entah-entah tak sempat menyimpan duit dah pupus. Poket dah kering, makan je lah megi. Tak cukup lagi, pinjam duit kawan sendiri.

2. Beli kereta import mewah barulah kena dengan jawatan kau. Takkan orang ada ijazah naik kereta tempatan kot.

3. Dapat gaji terus kau modified kereta. Duit gaji habis begitu sahaja. Kereta kau gembira, duit simpanan kau berduka.

4. Bila dapat gaji kau rewards yourself kononnya. Tapi selalunya separuh gaji jugaklah kau belanja. Nak lepak kat kedai makan mewah je.

5. Kau rasa tak apa beli barang yang berjenama kerana boleh tahan lama. Tapi kau bantai beli sebulan sekali.

6. Baca buku pengurusan kewangan, beli ebook, pergi seminar kau kata mahal dan buang duit tapi berhutang dengan bank sebab tak pandai uruskan wang kau tak rasa buang duit dan membazir?

7. Kau percayakan janji-janji manis seorang scammer hanya kerana dia selalu tunjuk dan pujuk kau dengan wang yang banyak dan kereta mewah yang belum tentu kepunyaannya.

8. Kau tamak nak cepat kaya. Kau percaya orang yang kau tak kenal nak bagi kau kaya macam dia. Kalau dia kaya dia tak ajak kau kaya sekali. Baik dia ajak keluarga dan saudara mara dia je.

9. Bagi kau berhutang perkara biasa. Masa muda ni kalau tak keluar travel memang tak berkembang otak. Tapi kau bantai buat hutang peribadi untuk pergi travel, buat hutang kad kredit untuk beli IPhone, Go Pro, DSLR.

10. Kau kata tak ada rezeki nak beli rumah tapi sikap boros kau macam setan. Kasut lebih banyak daripada buku hartanah dan pengurusan kewangan.

11. Kau nak beli tudung yang edisi terhad dan dijual oleh artis sahaja. Tuhan suruh kau tutup aurat je. Mahal murah boleh letak tepi. Beli tudung mahal pun tak reti nak tutup lepas dada juga. Main lilit belit je. Nasib baik tak tercekik. Tudung mahal-mahal tak kalis api neraka kalau pakai tak sempurna.

12. Bab beli barang kau yang nak berkualiti, nak yang berjenama. Tetapi bab nak menderma tabung masjid cari duit yang paling kecil nilainya.

13. Sanggup berhabis beribu-ribu ringgit sebab nak kurus dan nak putih. Masa gemuk, tembam, berisi molek je bertudung labuh. Sempurna tutup auratnya. Tapi bila dah kurus hilang semuanya. Pakai baju ketat je. Rambut pun dah mula berkarat. Betis pun dah tunjuk ke orang. Alasannya mudah, nak beri semangat pada adik kakak yang dalam proses menguruskan tubuh badan dan memutih kan kulit muka. Berkongsi kejayaan katanya.

14. Kau bila bertunang nak ada pelamin. Hantaran sampai 5-7 dulang. Baju tunang tempah siap / beli sendiri dah habis beribu ringgit. Habis terus duit simpanan kau selama ini.

15. Kau mampu merancang majlis perkahwinan yang gah di singgahsana. Tempah katering, mak andam, juru gambar yang beribu nilainya. Mohon pembiayaan peribadi RM30K untuk majlis kahwin. Kehidupan selepas kahwin pula bagaimana?

16. Kau nak buat “Wedding Of The Year” macam artis. Pinjam duit bank untuk satu urusan yang bakal dilupakan oleh orang lain. Sanggup berhutang sampai RM50K dan bayar balik selama 10 tahun. Anak kau masuk tadika pun hutang kahwin tak habis bayar lagi.

17. Kau kata “tidak mengapa, berkahwin sekali seumur hidup sahaja”. Pujuk hati sendiri kononnya. Tapi kau sendiri tidak tahu berapa lama jodoh kau sebenarnya. Ilmu rumah tangga kau langsung tak nak belajar.

18. Kau mengharapkan kebahagiaan selepas kahwin seperti majlis kahwin kau. Kau tak mampu bagi kehidupan yang lebih baik untuk anak isteri kau dan akhirnya terpaksa bercerai berai kerana buat majlis kahwin yang grand. 15 khemah, lima pasang baju pengantin dan kek lima tingkat tingginya. Kemain nak nombor lima. Pasal kau anak nombor lima.

19. Kau beli telefon canggih supaya tidak ketinggalan dengan peredaran zaman kononnya. Cepat dan pantas mencari maklumat terkini harapnya. Tetapi orang lain dah penuh ilmu di dada, kau masih tercari-cari sini sana. Gajet nak up to date, tapi ilmu tak nak upgrade.

20. Kau kata rumah semua mahal. Padahal kau yang tak berusaha mencari rumah yang kau mampu. Bukan itu je, deposit rumah pun entah ada ke tidak. Gaji pulak habis duk bayar hutang jahat.

Adakah kau termasuk dalam golongan di atas? Kalau ada bawa-bawalah berubah ye. Kalau tak nak berubah takpe. Nanti 10 tahun akan datang, akan menitis air mata penyesalan. Barulah padan muka kau.

Kalau duit dia dalam bank serupa nombor telefon dia takpe la juga ye tuan-tuan dan puan-puan. Ini, gaji pun ciput. Cukup-cukup makan je. Tapi berlagak serupa orang ada-ada saja. Kau jadi geng Cat Lovers dah la. Jangan jadi geng Debt Lovers.

Kau jangan ingat masa muda nak enjoy saja. Biarlah Nora Danish saja yang “Kita Enjoy” pasal dia banyak duit, ye tuan-tuan dan puan-puan. Kah!



.:.

No comments:

Post a Comment