Sunday, January 1, 2017

10 Selebriti Paling Hangat Dengan Kontroversi 2016


Tahun 2016 bakal melabuhkan tirai berapa hari je lagi. Tak sabar rasanya untuk ucapkan selamat datang kepada tahun 2017.

Memang cepat sangat masa berlalu. Kali ini kami nak throwback sesuatu yang pernah hangat diperkatakan dalam industri hiburan Malaysia.

Ini antara 10 selebriti Malaysia yang menjadi trending sepanjang tahun 2016.

10. Fathia Latiff


Pada awal April lalu Fathia memberikan khabar gembira bahawa dia mula berhijab sepenuhnya. Rata-rata peminat memuji penampilan barunya yang sopan dan manis.

Tapi, apa yang tak bestnya, Fathia mencetuskan kontoversi dengan memuat naik foto memakai subang di hidung. Kemudian sekali lagi dikritik seperti menghina profesion tentera darat kerana memakai pakaian seragam mereka.

Paling terbaru, Fathia menghentam seorang pramugari penerbangan kerana tidak mahu membantunya mengangkat beg bagasinya di ruang simpanan.

9. Ayda Jebat


Tahun 2016 adalah tahun paling terbaik dan bermakna buat Ayda Jebat. Walaupun vokalnya sering dikritik namun lagunya nmendapat sambutan hebat.

Tapi apa yang menjadi kontroversi tahun ini ialah apabila telefon Ayda dirampas ketika cuba selfie dengan bintang Running Man, Lee Kwang Soo.

8. Fara Fauzana


Ramai yang tumpang gembira apabila selebriti popular, Fara Fauzana mengumumkan akan mendirikan rumahtangga pada 17 September lalu. Namun, Fara membatalkan perkahwinannya dengan seorang jejaka yang lebih muda daripadanya di saat akhir dua minggu sebelum majlis berlangsung.

Sehingga kini Fara masih merahsiakan puncca perpisahannya dengan bekas calon suaminya.

7. Fazura


Bermula dengan kononnya kecewa dengan pernikahan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Fazura sebaliknya mendoakan kebahagiaan mereka apabila wartawan bertanyakan pendapatnya.

Tapi, apa yang menjadi kontroversi ialah vokalnya sering menerima kritikan. Fazura dikritik hebat apabila video viral persembahannya di Grand Prix, Formula Satu Sepang tersebar. Netizen mengatakan lagu Sia, Cheap Trills yang dinyanyikan olehnya sumbang.

Namun, Fazura membidas, “Saya bukan Adele ataupun Beyonce.”

6. Janna Nick


Kontroversi melanda Janna Nick ialah apabila dia dikatakan minat kaum sejenis memandangkan dia berpewatakan kasar dan sering berambut pendek. Namun dia menjelaskan, gaya rambut bob cut Janna sebenarnya adalah untuk menjayakan watak sebagai seorang detektif polis.

Janna juga dikatakan antara selebriti yang bermulut lancang. Janna dikecam oleh peminat supermodel antarabangsa, Ruby Rose kerana memberi komen tentang tubuh Ruby yang terlalu kurus di Instagram.

5. Rozita Che Wan


Che Ta memang sering melancong ke luar negara. Namun, peminat pula merasakan Che Ta seperti telalu menunjuk-nunjuk kekayaannya.

Che Ta juga dikritik apabila mendedahkan yang dia membayar jurufoto profesional setiap kali percutiannya. Che Ta juga menjadi kontroversi apabila di tahan di airport kerana tidak menjelaskan hutang pendapatan.

4. Elly Mazlein


Nama Elly terus menyerlah selepas menyertai program Gegar Vaganza. Namun kontroversi pergaduhannya bersama bekas suami dan pelakon Faye Kusairi lebih diperkatakan.

Faye didakwa menjadi punca perpisahan Elly dan bekas suaminya. Kronologi pergduhan mereka juga menyaksikan peminat banyak berpihak pada Elly. Selain itu, penyingkiran Elly di Gegar Vaganza meraih simpati peminatnya dan pelakon Fauziah Ahmad Daud turut terkena tempias selepas dikatakan mengutuk Elly sebagai drama queen.

3. Yuna


Pertama sekali isu video persembahan yang menyaksikan rapper popular, Usher memeluk Yuna. Yuna bagaimanapun berkata pelukan tersebut tidak keterlaluan dan hanya sebagai tanda hormat.

Paling terbaru, apabila foto Yuna tersebar dengan lebam merah kelihatan di lehernya. Netizen mendakwa ia adalah love bites, tapi Yuna membidas ia adalah bekas alergik kerana gigitan labah-labah.

2. Uqasha Senrose


Selepas 3 tahun berhijab, Uqasha nekad untuk menanggalkannya dengan alasan tidak mahu menipu diri. Tindakan Uqasha nyata membuatkan ramai peminat kecewa dan marah.

Ada pihak mendakwa, Uqasha membuka tudung dengan alasan untuk menaikkan semula popularitinya. Namun Uqasha hanya mendiamkan diri dan menyatakan keputusannya itu tidak membabitkan mana-mana pihak.

1. Neelofa & Fattah Amin


Hubungan Neelofa dan Fattah Amin menjadi perhatian selepas lakonan bersama dalam drama bersiri Suri Hati Mr Pilot. Mereka juga dikatakan masih keluar bersama selepas drama tersebut tamat disiarkan.

Namun, apa yang lebih menjadi kontroversi ialah Fattah Amin dikatakan ada hubungan istimewa dengan pelakon Tania Hudson dan Neelofa ternyata terkejut dengan berita tersebut.

Neelofa mendakwa, Fattah Amin seperti sudah kantoi kerana dikatakan sudah berpunya.















.:.

No comments:

Post a Comment