Wednesday, December 21, 2016

Rasa Bersyukur Sangat – Luahan Isteri Pemilik Rumah Setelah Surat Encik Lee Viral

 

enciklee-kakishare-my

 

Semalam kami ada melaporkan kisah kemuliaan insan yang dikenali sebagai Encik Lee. Encik Lee dan keluarga mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya untuk membeli sebuah rumah lelong walaupun telah membayar RM44,500.

 

Setelah kisah berkenaan viral di laman sosial, Harian Metro berjaya menghubungi pemilik rumah tersebut yang dikatakan telah ditipu oleh sebuah bank sehingga rumahnya dilelong.

 

Saya tak percaya sebab takut kena ‘scam’ atau orang buat main-main, tetapi bila saya buat semakan menerusi peguam memang benar pembeli berkenaan tulis surat itu.

Saya tak kenal dan tidak tahu pembeli itu tetapi rasa bersyukur sangat kerana bila dapat surat untuk kosongkan rumah itu saya dah putus harapan.

Memang ada rasa nak jumpa, nak tahu orangnya macam mana, tetapi saya perlu selesaikan masalah rumah ini dahulu

enciklee-kakishare-my

Menurut Nor, isteri kepada pemilik rumah tersebut, dia menerima surat Encik Lee pada 21 Julai lalu yang diletakkan di dalam peti surat.

Hasrat nak selesaikan masalah pinjaman bank masih membelenggu saya sehingga sekarang walaupun sudah membayar RM40,000

Bank menjanjikan kepada saya untuk menjadualkan semula pinjaman selepas saya buat bayaran itu dan tidak akan memufliskan saya.

Malangnya, bank berkenaan tidak menunaikan janji dan melelong rumah saya tanpa sebarang notis selepas memufliskan saya

Dakwa Nor rumah telah diduduki sejak 18 tahun yang lalu dan telah dilelong sebanyak 4 kali sebelum bayaran RM40,000 dibuat bagi penjadualan semula bayaran. Aduan telah pun dibuat kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai masalahnya yang ditekan sebuah bank sehingga diisytiharkan musflis walaupun bukti hutang tidak pernah difailkan bank tersebut kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Semakan juga telah dibuat di Jabatan Insolvensi Malaysia dan mendapati bank berkenaan tidak pernah memfailkan bukti hutang kepada jabatan itu.

 



Sumber :~/a>

No comments:

Post a Comment