Wednesday, December 14, 2016

Perompak ‘Kempunan’, Tewas Ditangan Budak 12 Tahun

 

SEORANG kanak-kanak Turki berusia 12 tahun berjaya menumpaskan seorang lelaki yang cuba melakukan rompakan di sebuah kedai emas di bandar Bagcilar.

Dalam kejadian itu, remaja yang dikenali sebagai EK dengan beraninya melawan perompak itu sebelum dibantu oleh pemilik kedai tersebut yang merupakan bapanya,  Mehmet Karagoz.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi oleh milliyet.com.tr, perompak lelaki itu memakai baju berwarna biru putih, bertopeng dan memakai topi memasuki premis itu dan meletakkan sebuah beg di atas kaunter pameran sebelum mengeluarkan sepucuk pistol yang diselit di bahagian pinggangnya.

Perompak 'Kembunan', Tewas Ditangan Remaja 12 Tahun

Tindakan pantas dan spontan EK berjaya melepaskan tumbukan ke bahagian perut perompak itu sehingga hampir terjatuh sebelum Karagoz datang membantu dan menolak suspek keluar dari premis tersebut.

Suspek dilihat cuba untuk memecah masuk ke dalam kedai itu semula namun tidak berjaya lalu melarikan diri.

Rakaman CCTV yang terdapat di premis itu diserahkan kepada pihak polis dan EK sedia membantu bagi mengenal pasti suspek rompakan itu.

Seorang lelaki dikenali sebagai Mustafa Z telah ditahan pihak polis Turki berhubung indisen rompakan itu.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada bulan Jun lalu berdasarkan tarikh yang tertera pada rakaman tersebut namun videonya baharu tersebar kebelakangan ini di laman Internet.

 



Sumber :~/a>

No comments:

Post a Comment