Wednesday, December 21, 2016

Niat Nak Support Kawan, Tapi Kawan Makan Kawan!

Aktiviti penipuan semasa jual beli kenderaan bukanlah merupakan suatu perkara yang baru. Tapi apa yang membuatkan lebih menyakitkan hati adalah apabila penipuan ini melibatkan kawan baik sendiri. Baca luahan seorang mangsa jual kenderaan terpakai yang dikongsikan kepada kami.

 

Malang rasanya bila niat untuk bantu bisnes kawan (bukan kawan saya tapi kawan suami sejak dari kecil) tapi akhirnya saya menjadi salah seorang mangsa penipuannya.

2013,saya trade in kereta lama untuk beli kereta baru. Memandangkan si penipu ni ada bisnes used car jadi suami mencadangkan saya trade in and ambil kereta dari si penipu ni dengan niat nak tolong bisnes kawan.Saya okay je sebab masa tu bz dengan preparation kahwin so why not kalau ade kawan kita tolong kawan kan.

Urusan jual beli macam biasa, mulanya nampak smooth. Tapi lepas beberapa bulan bank start call minta bayar duit installment kereta lama yang tertunggak. Kalau ikutkan saya memang dah takda kena mengena dengan kereta tu and sepatutnya nama bukan lagi atas nama saya.

niat-kakishare-my

Bila saya tanya si penipu ni rupanya kereta masih belum ada pembeli so nama belum tukar.Tunggakan kereta akhirnya dia settlekan.

Kemuncaknya bila saya check myeg banyak saman dan saya dapat surat dari trafik minta saya ke balai atas kes langgar lari.

Saya akhirnya diminta pihak polis untuk buat cover report untuk menidakkan segala hal yang berkaitan kereta lama.

Tahap kesabaran saya dah meruncing,si penipu ni dah block whatsapp,ig untuk larikan diri dari saya dan suami.

Allah maha besar,saya tergerak hati untuk cuba cari kereta lama.rupanya kereta tu dah dijual kepada orang ke-3 (used car owner) sejak si penipu ni shut down bisnes used car dia.Org ke-3 tu beli kereta lama saya dengan cara trade gold bar.dia keluarkan sejumlah wang dan dalam masa beberapa tahun dia dijanjiikan kereta tu.tapi kesian org ke-3 ni pun dah kena tipu. Duit lesap, kereta masih belum bertukar nama etc.

Disebabkan kereta lama saya ni digunakan org ke-3 untuk sewa saya terpaksa terima padahnya bila satu hari saya dapat panggilan dari IPD shah alam yang kereta lama saya terlibat dalam kes samun.

Rasa nak gugur jantung ni. Nasiblah saya ada buat cover report. Kalau tak taktau lah berapa banyak masa kena habiskan kat balai disebabkan benda yang saya tak lakukan.

Sekarang kereta masih kat balai, saman masih berlambak. Mengikut kata polis saya kemungkinan dipanggial untuk jadi saksi bagi kes samun tu. Tahun ni cukup 3 tahun si penipu ni menipu saya. Dari zaman saya berkahwin,mengandung dan anak dah nak setahun.

Saya tahu si penipu ni sedang bergembira. Mana taknya kami tak dapat cari dia,’taik’ yang dia bagi pun kami yang terpaksa jilat.

Terima kasihlah arif izzuddin sebab mengajar kami yang kawan macam kau memang ada dalam dunia. Kawan makan kawan. Yang penting walau kat mana pun kau aku takkan berhenti berdoa semoga musibah menimpa kau sampai kau sendiri yang terpaksa cari balik manusia2 yang kau dah tipu utk kesenangan kau.



Sumber :~/a>

No comments:

Post a Comment