Thursday, December 29, 2016

Kisah Pasangan Kembar Yang Hampir Separuh Abad Hidup Bersama


Kembar siam George dan Lori Schappell telah mencabar ramalan doktor. Dengan setengah dahi dan satu mata melekat, mereka masih boleh tersenyum gembira merayakan ulang tahun ke-50.

Mereka menandakan hari bahagia itu dengan melakukan perjalanan ke London. “Apabila kami lahir, doktor meramalkan usia kami tak sampai 30 tahun, kami belajar banyak dan kami ingin meneruskan hidup,” kata Lori, seperti dikutip dari The Sun.



Mereka bertahan hidup selama 50 tahun dengan begitu banyak perbezaan. George yang mulanya bernama Dori memutuskan hidup sebagai lelaki. Sementara Lori hidup sebagai wanita yang menjalin hubungan dengan seorang lelaki. Lori beberapa kali memenangi kejuaran bowling, sedangkan George kerap tampil sebagai penyanyi country.

Lori dilahirkan dengan keadaan tubuh yang mampu membesar dengan baik. Sementara George menderita spina bifida yang membuatnya terpaksa duduk di kerusi roda untuk membantu pergerakannya. Dengan keadaan kepala menyatu, Lori selalu membantu George menolak kerusi roda untuk bekerja bersama.



“Kebanyakan orang tidak percaya, tapi kami mempunyai kehidupan yang sangat normal,” kata George. “Kami boleh membuat perjalanan, mengemas pangsapuri sendiri, bahkan Lori mempunyai kekasih. Tidak ada yang boleh menghalang kami melakukan apa yang kami mahu.”

Kehidupan mereka harmoni dan saling menyokong. Ketika Lori bercinta, George akan setia menunggu sambil membaca buku. Lori pun tak kisah mencium dan bercinta dengan pasangannya. “Aku kehilangan keperawananku saat usia 23 tahun,” kata Lori.



Kembar siam yang berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat ini lahir dengan 30 peratus rangkaian lobus frontal otak menyatu dan saluran darah kritikal. Keadaan itulah yang membuat mereka tak dapat dipisahkan melalui pembedahan.

Mahkamah kemudian memutuskan bahawa ibu bapa mereka tidak boleh merawat. Mereka kemudian ditempatkan di sebuah institusi kesihatan, di mana majoriti pesakitnya menderita cacat mental yang parah. “Sama sekali tidak ada yang salah dengan kita, selain dari fizikal.”



Ketika menginjak usia 21 tahun, mereka berjuang melawan undang-undang untuk mendapat hak pendidikan. Mereka menang, dan Lori boleh mengambil pendidikan setiausaha. “Kami perlu buktikan kami boleh hidup sendiri dan kami akhirnya dibenarkan untuk menjadi bebas.”

Di apartmen, mereka mempunyai dua bilik tidur dengan interior sesuai keperibadian masing-masing. Mereka tidur bilik itu secara bergilir-gilir setiap malam. “Bilik saya lebih girly dan mencerminkan keperibadian saya, sementara George memasang banyak poster muzik di kamarnya.”

Hingga empat tahun lalu, George hidup sebagai wanita. Namun, pergolakan batin membuatnya berani mengambil keputusan hidup sebagai lelaki. “Itu sangat sukar, tapi aku semakin tua dan aku tidak ingin hidup dalam pembohongan. Aku tahu aku harus menjalani hidupku seperti yang kuinginkan.



.:.

No comments:

Post a Comment