Wednesday, December 21, 2016

Jamal Bertuala Bawa Gayung Ke Pejabat MB Selangor

 

JIKA semalam, netizen dikejutkan dengan video viral Datuk Seri Jamal Md Yunos mengadu mengenai krisis masalah air di dalam tandas dalam keadaan tidak berbaju.

Pagi ini, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia itu sekali lagi mencetuskan sensasi apabila pergi ke Pejabat Menteri Besar Selangor dengan hanya bertuala.

2-1

Jamal tiba di pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam kira-kira jam 9.40 pagi sambil memegang gayung.

Selain itu, dia turut membawa peralatan mandian lain seperti sabun dan berus gigi.

Kedatangannya itu dikatakan untuk menumpang mandi di pejabat menteri besar.

Bagaimanapun, tujuannya itu gagal apabila dia tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa.

“Saya hanya mahu menumpang mandi di sini.

“Saya tidak faham mengapa mereka tidak benarkan saya masuk,” katanya yang membidas pentadbiran negeri Selangor kerana gagal menangani masalah air.

Ketika ditanya di mana beliau akan mandi selepas ini, Jamal berkata beliau bercadang untuk pergi ke KLCC ketika masih dalam keadaan bertuala.

Setelah 45 minit menunggu dan memprotes terhadap isu krisis air di negeri itu, Jamal kemudian dilihat beredar.



Sumber :~/a>

No comments:

Post a Comment