Friday, December 30, 2016

Hina Wanita Tua Bermain GYM, Abang Sado Ini Diharamkan Seumur Hidup Untuk Masuk GYM Tersebut


GARA-gara tindakannya menghina dan memalukan seorang wanita tua, seorang ahli bina badan dari Brisbane, Conor Tisdell telah diharamkan seumur hidup daripada memasuki gim Go Health Clubs.

Conor, telah memuatnaik video wanita warga emas itu sedang menggunakan sebuah mesin di gim terbabit di dalam instagramnya dan kemudiannya menyatakan dia ketawa besar selepas melihat aksi wanita terbabit yang terkial-kial melakukan senaman.

Tindakan Conor yang mempersendakan warga emas itu telah dilabelkan sebagai menjengkelkan oleh orang ramai dan sejak dia memuatnaik gambar berkenaan, mereka telah menggesa supaya tindakan diambil ke atasnya.

Turut dikenakan tindakan adalah seorang wanita yang memberikan komen menjelikkan dalam instagram Conor dan dia dikenalpasti sebagai pekerja di gim terbabit.

Menurut jurucakap Go Health Clubs, pihak amat kesal kerana pekerjanya turut terlibat dalam memberikan komen seumpama itu dan akan mengeluarkan surat memohon maaf kepada wanita yang dimalukan itu.

Pihak gim berkenaan juga menyatakan kesanggupan untuk membantu dengan memberikan sokongan kepada warga emas terbabit



.:.

No comments:

Post a Comment