Thursday, December 15, 2016

Foto Menyayat Hati Papar Kanak-Kanak Syria Maut Dipercayai Selepas Serangan Gas Beracun Tersebar

 

London: Beberapa keping gambar yang merakamkan mayat kanak-kanak terlentang di atas tanah selepas dikatakan menjadi mangsa serangan gas beracun tersebar di internet.

Gambar yang dimuatnaik oleh Pertubuhan Kebajikan Kesatuan Bantuan dan Perubatan itu menyatakan bahawa kanak-kanak itu maut selepas terbabit dalam serangan di timur bandar Hama.

Daily Mail berkata, pertubuhan itu mendakwa gas beracun yang tidak berbau dan tiada warna itu dilepaskan ketika serangan udara besar-besaran selama lebih sejam.

Laporan Daily Mail itu juga berkata sebahagian besar mangsa adalah kanak-kanak, yang mana turut melibatkan bayi yang masih memakai lampin yang mana mati dengan cepat selepas mulut berbuih akibat serangan itu.

Selain hampir 100 yang maut, 300 penduduk turut terkesan selepas terdedah kepada gas tersebut yang menyebabkan pandangan kabur, sesak nafas, pening dan muntah.

Bagaimanapun, pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata pihaknya tidak pasti sama ada serangan itu dilakukan oleh pesawat Syria atau Russia.

Namun, pertubuhan itu mengesahkan berlaku kes kematian akibat sesak nafas tetapi tidak dapat mengesahkan ia berlaku akibat senjata kimia.

Sumber: Harian Metro

 



Sumber :~/a>

No comments:

Post a Comment