Friday, December 30, 2016

Bijak Atau Sebaliknya? Kanak-Kanak Ini 'Shopping' Guna Cap Jari Ibu


BIJAK atau sebaliknya, kanak-kanak dari Arkansas ini ‘mencuri’ cap jari ibunya yang sedang tidur bagi mengakses telefon bimbit jenis iPhone milik ibunya untuk membeli hadiah krismas.

Ashlynd, 6, telah membeli patung Pokemon untuk sambutan hari Krismas bernilai AS$250 (RM1,120) di laman beli belah atas talian, Amazon menggunakan telefon bimbit ibunya, Bethany Howell yang sedang nyenyak tidur.

Dailymail melaporkan, ketika kejadian Bethany sedang tidur di sofa manakala anak perempuannya itu sedang bermain berdekatan dengannya.

Bethany hanya menyedari kejadian itu apabila menerima 13 pengesahan pesanan untuk hadiah permainan Pokemon dan menyangka akaunnya itu telah digodam.

“Telefon saya berada di atas meja bersebelahan sofa dan selepas menonton filem bersama, saya tertidur.

“Ashlynd mengambilnya dan menggunakan ibu jari saya untuk membuka telefon itu,” katanya yang membenarkan anaknya menggunakan telefon tersebut untuk mengakses Youtube dan Netflix.

Apabila ditanya mengenai perkara itu, Ashlynd hanya berkata dia membeli belah menggunakan telefon bimbit ibunya.

“Ya, saya membeli belah,” kata Ashlynd kepada ibunya.

Bethany tidak menyangka anaknya itu mengetahui pembelian barangan melalui Amazon dan ianya dapat dilakukan kerana butir-butir kad kredit dan alamat sudah disimpan ke dalam sistem yang mempunyai ciri-ciri pengisian automatik.

Bagaimanapun, Bethany hanya dibenarkan untuk memulangkan empat daripada barangan yang ditempah oleh anaknya. 



.:.

No comments:

Post a Comment