Sunday, December 18, 2016

‘Apa Gunanya yang Halal Jika Terpaksa Dapatkan yang Haram?’

“Abang! Saya banyak kerja ni. Kalau abang nak makan, masaklah sendiri. Masaklah sendiri. Kalau malas, abang beli je di kedai.” Itulah jawapan yang sering diberikan Salina setiap kali Kamal mahu dia memaksa.

Sebenarnya ini bukalah kali pertama dia menolah untuk melakukan kerja di dapur, seingat kamal sepanjang mereka berkahwin selama 10 tahun, hanya sekali sahaj Salina pernah berada di dapur, itu pun pada hari pertama mereka tinggal bersama setelah sah bergelar suami isteri.

Kamal sebenarnya bukan suka sangat untuk memaksa isterinya melakukan kerja rumah. Tetapi sesekali ingin juga dia merasa air tangan isteri di rumah. Namun begitu Kamal kena menerima hakikat bahawa sepanjang berkahwin dan kini telah dikurniakan tiga orang anak, banyak jugalah dia memendam rasa terhadap Salina.

“Isteri saya ni lain perangainya. Dia tidak seperti wanita lain. Boleh dikatakan saya banyak bersabar dengan kerenah dia sepanjang kami bersama. Sebenarnya bukan setakat kerja-kerja dapur dan kerja-kerja rumah tetapi segala perkara yang disuruh oleh saya tidka pernah dilakukan oleh Salina. Demi anak-anak dan demi keluarga kami, saya lebih banyak menahan sabar.”

CINTA ITU BUTA.

Menurut kamal lagi segala tingkal laku dan perbuatan Salina juga mungkin banyak dipengaruhi oleh cara bagaimana dia dibesarkan selama ini.

Salina orang kota. Boleh dikatakan kaum keluarganya semua tinggal di bandar. Tiada istilah kampung di dalam kamus hidupnya. Jika dibandingkan dengan saya, bagai langit dengan bumi cara hidupnya. Saya anak orang kampung dia anak orang bandar.

Pernah juga dahulu ibu mengingatkan saya apabila saya mengutarakan hasrat ingin mengahwini Salina. Ibu bukan seorang yang prejudis tetapi dia masih ingat akan riak wajah Salina sewaktu saya memperkenalkan dirinya kepada keluarga di kampung.

“Betullah orang kata cinta itu buta. Demi cinta saya tidak nampak segala kekurangan Salina. Pada ketika itu saya yakin dapat mengubah perangai Salina. Namun walaupun setelah puas mencuba, ternyata usaha saya itu sia-sia sahaja.”

Kamal pernah menasihati Salina tetapi isterinya itu tidak pernah mengendahkannya. Baginya apa saja yang berasal dari kampung (kecuali diri Kamal semuanya “low class”. I orang bandar, mana kelas untuk mandi telaga dan makan lauk kampung. Habislah jatuh standard I jika kawan-kawan I tahu.” Itulah jawapan Salina apabila Kamal cuba menasihati Salina agar hidup cara orang kampung apabila mereka balik ke rumah ibu bapa Kamal.

Terasa hati Kamal dengan perangai Salina itu, Jika kaum keluarga sahaja yang mengetahui, Kamal tidak kisah. tetapi apabila jiran tetangga di kampung mula berbisik-bisik apabila sahaja melihat kelibat Salina, sakit hati juga Kamal. Sebagai seorang suami, dia seperti merasakan bahawa dia tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

ABAIKAN NAFKAH BATIN.

Bagi memastikan rumah tanggannya tetap bahagia, Kamal sering juga meminta nasihat daripada mereka yang berpengalaman untuk menyelesaikan kerumitan yang berlaku dalam rumahtangganya.

“Dalam masa 10 tahun berkahwin, saya pernah mengajak Salina pergi mendapatkan kaunseling dengan harapan dia akan berubah hati. Apabila sering diajak membuatkan Salina berang dan mula memberontak. Baginya dia tidak perlu berubah. Jika saya mahukan isteri yang ikut katam dia sanggup berpisah dengan saya. Baginya dia tetap dengan pendiriannya.”

“Saya tidak pernah meminta untuk berpisah dengannya. Bagi saya perkahwinan hanyalah sekali dalam hidup. Demi tidak mahu perkara buruk terjadi, saya sanggup lupakan hasrat saya itu.”

ENGGAN BERBINCANG.

“Namun begitu segala-galanya telah berubah semenjak itu. Saya dapat rasakan saya dan Salina semakin renggang. Dalam seminggu hanya sekali sahaja kami makan bersama. Itu pun jika dia mempunyai masa untuk diluangkan bersama saya. Bukan itu saja, akibat sakit hati dengan nasihat saya, Salina mula tidak mahu menunaikan tanggungjawab batinya sebagai seorang isteri.

“Jika berkaitan perangainya saya sanggup terima. Tetapi apabila dia mula mengabaikan tanggungjawabnya itu, saya rasa sungguh berang. Jika beginilah layanannya terhadap saya, dimanakah hak saya sebagai seorang suami. Takkanlah saya perlu mendapatkan perempuan lain jika batin saya bergelora. Apa gunanya yang halal jika saya terpaksa mendapatkan yang haram,. Saya tidak mahu bergelumang dengan dosa.”

Terasa tercabar Kamal dengan kelakuan Salina itu. Diajaknya Salina berbincang tetapi Salina enggan. Berpisah. Itu sahaja yang keluar daripada mulut Salina. Akhirnya akibat tidak tahan dengan desakan Salina dan setelah memikirkan tidak ada jalan bagi menyelamatkan perkahwinan mereka, akhirnya Kamal terpaksa menceraikan Salina dengan talak satu.

“Harapan saya agar pada suatu hari nanti saya dapat berbaik semula dengan Salina. Saya masih cinta padanya” ujar Kamal

sumber: rahsia perkahwinan



Sumber :~/a>

No comments:

Post a Comment