Friday, December 23, 2016






Menerusi laman sosial, gambar lipan gergasi ini kini menjadi tular berikutan saiznya yang dikatakan teramat besar, menggalahkan saiz seekor ular tedung dewasa.

Difahamkan, haiwan berbisa itu dipercayai dijumpa oleh sekumpulan pekerja lombong di tapak perlombongan bauskit di Bukit Goh, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Ia lantas mencetuskan persoalan netizen yang mana ada yang mengatakan gambar serangga berbisa itu adalah tidak sahih dan mungkin hanya helah teknik penggambaran kamera.

Bagaimanapun, kewujudan lipan bersaiz besar ini adalah tidak mustahil kerana di Aftika Selatan, terdapat spesis lipan sebegini yang dikenali sebagai Scolopendra gigantea.



Difahamkan, ia mampu membesar sehingga 30 ke 40cm dengan panjang keseluruhan sehingga mencecah 60cm!

No comments:

Post a Comment