Wednesday, December 28, 2016

15 Cara Isteri Boleh Ikat Hati Suami



Lelaki ada keperluan yang berlainan dengan perempuan. Jadi cara anda melayan mereka akan membawa perbezaan yang besar dalam hubungan anda. Di sini kami sediakan beberapa tips yang boleh digunakan untuk anda tunjukkan pada suami anda yang anda benar-benar cinta padanya!

1. Berhenti mengumpatnya
Memalukan suami bila anda berjumpa dengan keluarga atau kawan-kawan adalah antara perkara paling buruk yang anda boleh lakukan. Bukan saja anda timbulkan masalah dalam hubungan perkahwinan, tapi ia juga satu dosa yang besar. Suami anda pun pasti tak suka.
Kalau anda ada masalah dengan si dia, beritahu padanya, bukan pada orang lain!

2. Puji dia di depan orang lain
Jangan biarkan orang lain merendah-rendahkan suami anda di depan orang ramai. Jika perlu, anda patut bersuara dan pertahankan maruah dia sama seperti bagaimana anda pun harapkan dia akan buat untuk anda.

3. Sentiasa berdoa untuknya
Jaga perkahwinan anda dengan berdoa supaya Allah SWT akan memelihara dan melindunginya.

4. Masakkan makanan kegemarannya
Hakikatnya lelaki suka bila anda buat perkara-perkara kecil yang menunjukkan anda ambil berat tentangnya. Jadi bila anda masa terluang, cuba masak apa buat sesuatu yang boleh buat mereka rasa tenang dan dihargai.

5. Sokong minat dia
Bila suami anda ada minatnya yang tersendiri, mungkin dia akan menghabiskan masa di luar dan bukan dengan anda. Bila anda sokong minatnya ini, secara tak langsung anda pun akan terlibat sama dan dia pun pasti hargainya.

6. Berhenti membebel
Fokus pada kebaikan dan usaha-usaha yang dia lakukan untuk anda dan keluarga anda. Bila anda fokus pada kekurangannya dan suka “tekan” perasaannya, lama-lama dia pun semakin jauh dari anda.

7. Berterima kasih padanya
Ucapkan “terima kasih” untuk setiap perkara yang dia lakukan untuk anda supaya dia tahu anda suka dan hargainya semua usahanya.

8. Jadi isteri yang tahu jaga harta suami
Hal duit memang boleh mencetuskan pergaduhan yang besar. Kalau ia terjadi kepada anda, merungut saja tak akan membantu. Malah ia akan buat suami anda rasa dia tak mampu nak jaga anda.
Menjaga harta suami adalah salah satu tanggungjawab isteri. Jadi bila anda tahu berapa jumlah wang yang boleh dibelanjakan, buat bajet bulanan untuk rumahtangga anda. Berbelanja dengan bijak dan jangan membazir. Bersyukur dengan apa yang anda sudah anda, barulah anda tak rasa kekurangan.

9. Yakin pada kebolehannya, walaupun bila dia sendiri kurang yakin
Beri semangat pada suami anda setiap masa dan galakkan dia untuk jadi yang terbaik. Dia akan percaya pada semangat yang anda beri padanya dan akhirnya dia pun akan lakukan yang terbaik.

10. Tunjukkan sisi romantis anda
Sekali sekala, tunjukkan juga rasa cinta anda melalui pelukan, ciuman, atau berpegangan tangan sepertimana sunnah Rasulullah SAW. Ini akan buat dia rasa diingini dan rapatkan hubungan anda dengan dirinya.

11. “Rumahku, Syurgaku”
Bila suami anda keluar bekerja, dia mesti rasa penat di hujung harinya. Ambil peluang ini dan sambut kepulangannya dengan layanan yang terbaik. Buat dia rasa seperti tetamu istimewa dan lihat bagaimana layanannya terhadap anda pun akan berubah.

12. Hormati keluarganya
Suami anda ada keluarga yang dia sayangi dan hormati. Jika anda nak suami anda sayang dan hormati anda, tunjukkan rasa sayang dan hormat pada keluarganya juga!

13. Tepikan masa untuk ber”dating”
Kekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga dengan meluangkan sedikit masa untuk berdua-duaan dengan suami anda. Pergi makan bersama, jalan-jalan atau lakukan apa-apa aktiviti untuk ingat semula kenapa anda jatuh cinta kepada satu sama lain.

14. Jaga dia semasa dia sakit
Lelaki memang suka tunjuk macho, tapi bila mereka jatuh sakit, mereka akan jadi terlalu manja. Pada masa ini, dia sangat perlukan kasih sayang anda jadi beri dia perhatian dan jaga dia seperti anak kecil.

15. Jangan tunjukkan kemarahan anda
Jangan sesekali tunjukkan rasa marah dan kecewa depan anak-anak atau orang lain. Masalah anda dengan suami anda adalah masalah antara anda berdua jadi tak perlu libatkan orang lain. Ini hanya akan buat orang lain kurang hormat pada dia.

.:.

No comments:

Post a Comment