Jika kita terbaca berita tentang pemergian orang yang tersayang sudah pasti reaksi kita akan sedih atau menangis. Namun bagi seorang pembaca berita ini pasti membuatkan kita kagum.
Supreet Kaur merupakan seorang pembaca berita untuk saluran IBC24 di India mengetahui berita mengenai suaminya yang maut dalam satu kemalangan ketika menyampaikan laporan berita tersebut secara langsung.
Beliau kelihatan tenang semasa sepanjang siaran langsung tersebut semasa seorang wartawan yang berada di tempat kejadian memberikan butiran nahas menerusi panggilan telefon.
Walaupun wartwan itu tidak menyebut nama nama mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut tetapi Supreet menyedari bahawa suaminya, Harsad Kawade merupakan salah seorang daripada tiga yang maut.
Memetik laporan Daily Mail, butiran yang diberi oleh wartawan tersebut iaitu jenis kereta yang terlibat Renault Duster, di jalan yang sama bersama empat rakan yang lain.
Supreet terus membaca berita-berita lain selama 10 minit selepas laporan kemalangan yang melibatkan suaminya itu.
Memetik laporan Hindustan Times, Kaur bagaimanapun menitiskan air mata sebaik sahaja program berita pagi Sabtu berakhir.
Seorang editor kanan memberitahu, kakitangannya menyedari mengenai kematian suaminya semasa membaca berita berkenaan.
Editor itu berkata: “Tetapi kami tidak memberitahu dia. Kami tak sanggup.”
“Dia bagaimanapun dapat merasakan bahawa kenderaan yang terbabit dalam nahas itu adalah kenderaan yang dinaiki suaminya.”
Seorang rakan setugas berkata: “Dia seorang wanita yang sangat tabah. Kami berbangga dengan dia sebagai pembaca berita, tetapi apa yang telah berlaku hari ini benar-benar mengejutkan kami.”
Dia dan suaminya telah setahun berkahwin.
.:.
No comments:
Post a Comment